Sedarkah anda negara Malaysia sekarang sedang berada di fasa kecanggihan teknologi? Hampir ke semua aktiviti dan urusan seharian dilakukan bersandarkan kepada teknologi terutama transaksi pembayaran. Hal ini kerana ianya lebih selamat, berisiko rendah dan juga menjimatkan masa. Situasi ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh peniaga yang ingin mempromosikan produk perniagaan mereka menerusi platform media sosial.
Media sosial adalah medium penting di Malaysia. Sebagai contoh, penggunaan surat khabar atau bahan bacaan bercetak kini dilihat semakin berkurangan dan masyarakat Malaysia lebih memilih untuk melanggan bahan bacaan mereka secara atas talian. Hal ini kerana banyak syarikat akhbar yang sudah beralih ke media digital.
Kepada peniaga yang baru berjinak-jinak dengan media sosial untuk mempromosikan peniagaan anda terutama perniagaan makanan? Anda dilarang sama sekali untuk skip artikel ini!
Kelebihan Promosikan Produk Makanan Secara Atas Talian
- Peluang Jana Dua Jenis Pendapatan ( Atas Talian & Tradisional )
Walaupun anda sudah berniaga secara atas talian, namun anda juga masih boleh berniaga secara tradisional iaitu melakukan urusan perniagaan secara langsung. Dengan ini, anda bakal menikmati dua jenis pendapatan dan secara tidak langsung mampu melipatgandakan keuntungan anda!
2. Peluang Raih Jaringan Pelanggan Yang Lebih Besar
Mempromosikan perniagaan secara atas talian membolehkan perniagaan anda boleh dipromosikan dengan lebih meluas lagi. Situasi ini membolehkan anda untuk memperoleh lebih luas jaringan pelanggan. Tambahan, anda dapat meningkatkan jumlah pelanggan dengan jumlah pelanggan sedia ada.
3. Menjimatkan Kos dan Masa
Mempromosikan perniagaan terutama di media sosial adalah sangat menjimatkan. Dengan hanya satu klik share, anda sudah mampu mempromosikan perniagaan anda. Tambahan, terdapat platform page dan group di Facebook yang membenarkan anda untuk mempromosikan perniagaan anda di laman mereka secara percuma.
Safer Food Merchant membuka peluang untuk mempromosikan peluang perniagaan terutama kepada pengusaha makanan yang ingin mempromosikan perniagaan secara atas talian dengan caj penolakan yang rendah. Ingin tahu bagaimanakah caranya? Ikuti langkah mudah di bawah :
- LAKUKAN PENDAFTARAN SECARA PERCUMA
Pendaftaran boleh dilakukan secara percuma dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Tambahan, ianya boleh dilakukan secara atas talian sahaja dan anda tidak perlu walk in ke pejabat untuk melakukan pendaftaran. Sila klik link di berikut : https://safer.my/sign-up-restaurant
2. LENGKAPKAN MAKLUMAT & DOKUMEN
Selepas anda selesai melengkapkan pendaftaran, anda perlu melengkapkan beberapa dokumen dan maklumat untuk mengaktifkan akaun anda. Berikut adalah antara dokumen dan maklumat yang diperlukan.
-
- Kad Pengenalan pemilik akaun
- Sijil SSM
- Lesen perniagaan
- Sijil HALAL
- Lokasi / alamat yang sah
- Nombor akaun bank
- Menu, harga dan gambar makanan
- Waktu operasi
3. TUNGGU AKAUN ANDA DIAKTIFKAN OLEH ADMIN
Setelah selesai kesemuanya dokumen dan maklumat dan diperiksa secara terperinci oleh admin di Safer Food Merchant, akaun anda akan diaktifkan. Setelah akaun anda diaktifkan, anda sudah boleh mula berniaga bersama Safer Food. Safer Food adalah platform yang membolehkan anda untuk menerima pesanan daripada pelanggan.
4. MUAT TURUN APLIKASI SAFER FOOD
Vendor yang sah berdaftar dan aktif bersama Safer Food Merchant, anda wajib muat turun aplikasi Safer Food. Jika anda gagal berbuat demikian, anda sukar untuk menerima jika terdapat pesanan dari pelanggan.
Ayuh sertai Safer Food Merchant sekarang!
? Facebook : https://bit.ly/facebooksafer
? Instagram : https://bit.ly/InstagramSAFER
? Twitter : https://bit.ly/TwitterSAFER
? TikTok: https://bit.ly/TikTokSAFER
? Youtube : https://bit.ly/safergroup