Keputusan sambung belajar selepas tamat pengajian di sekolah menengah atau tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu keputusan yang besar bagi setiap insan bergelar pelajar. Masa depan pendidikan seseorang juga bergantung kepada kesungguhan pelajar sama ada untuk terus mendapatkan pendidikan secara formal atau sebaliknya.

Bagi anda yang baru sahaja tamat SPM, berikut adalah laluan pendidikan yang mungkin boleh anda lalui mengikut pilihan.
-
Menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam
Institusi Pengajian Tinggi Awam semestinya menjadi salah satu pilihan utama semua pelajar di Malaysia. Hal ini kerana terdapat banyaknya kelebihan pengajian yang boleh pelajar peroleh apabila menjadi mahasiswa di universiti tempatan. Antara kelebihan tersebut adalah yuran pengajian yang lebih rendah dan mempunyai pelbagai pilihan bidang (jika keputusan SPM ada cemerlang).
-
Sambung Pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
Disebabkan kuota yang terhad telah ditetapkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Awam, universiti atau institusi swasta juga boleh menjadi pilihan. Dengan adanya peluang sambung belajar di universiti swasta, pelajar masih boleh belajar di dalam negara.
-
Sambung Pengajian di Institusi Kemahiran Awam
Jika bidang akademik bukan pilihan utama anda. Anda mungkin berminat untuk melanjutkan pengajian ke institusi kemahiran awam. Sekarang, institusi kemahiran sudah banyak menawarkan pilihan-pilihan bidang kemahiran yang mempunyai peluang kerjaya yang luas.
-
Sambung Pengajian di Institusi Pendidikan Guru
Bagi anda yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar, institusi ini merupakan pilihan terbaik yang boleh anda pilih. Adapun begitu, persaingan untuk memasuki institusi ini agak tinggi. Jika anda berminat untuk memasuki institusi ini, pastikan anda melakukan persiapan kendiri untuk menghadiri temu duga.
-
Sambung Pengajian di Kursus Ketenteraan
Anda berkemampuan dan berminat untuk aktiviti-aktiviti lasak dan mempunyai disiplin yang tinggi. Laluan ini adalah yang paling sesuai untuk anda. Bukan sahaja menjadi tempat untuk mengasah kebolehan fizikal pelajar, akademik pelajar tidak sesekali akan diabaikan.
-
Sambung Pengajian di Institusi Pendidikan Luar Negara
Mahu menjadi lain dari yang lain? Berminat untuk mendalami atau mengalami budaya baharu di tempat orang? Jom sambung belajar di luar negara! Peluang ini terbuka kepada anda di luar sana. Anda hanya perlu menyatakan minat anda dan semestinya kemampuan kewangan. Jangan terkejut, ada juga peluang sambung belajar di luar negara yang ditaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencari peluang yang telah dibuka.
Pilihan-pilihan sambungan pengajian yang disenaraikan mungkin menjadi tujuan anda atau sebaliknya. Namun, adalah tidak salah untuk ketahui maklumat-maklumat ini untuk kegunaan di masa hadapan.
Bagi anda yang berminat untuk menyambung pengajian di luar negara seperti di Rusia, Indonesia, Mesir, Poland atau Bangladesh. Anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult. Konsultan Daulah sedia untuk menawarkan bimbingan pendidikan kepada anda yang berminat.
Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : https://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)