Kebanyakan pelajar-pelajar di Malaysia berkeinginan atau berimpian untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Hal ini kerana, peluang sambung belajar yang ada mungkin tidak akan dapat dirasai oleh rakan-rakan yang sebaya. Ada juga, pelajar yang berimpian untuk sambung belajar di luar negara kerana mereka mahu belajar sambil melancong.

Oleh yang demikian, Daulah Educonsult diwujudkan untuk membantu masyarakat khususnya para pelajar dan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat berkenaan peluang sambung belajar di luar negara. Antara negara pilihan yang ditawarkan adalah di Rusia dan universiti pilihan bagi bidang perubatan adalah di Kursk State Medical University.

KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY

Kursk State Medical University atau KSMU merupakan antara universiti perubatan terbaik yang menawarkan bidang perubatan di Rusia. Dalam pada itu, universiti ini juga diminati oleh ramai pelajar dari aliran sains. Hal ini kerana, universiti ini hanya menerima pelajar dari aliran sains sahaja untuk melanjutkan pengajian di KSMU.

Dari segi yuran pengajian pula, kebanyakan universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult mengaplikasikan pembayaran yuran mengikut mata wang negara masing-masing. Jadi, kadang kala yuran akan mempunyai perubahan ketara akibat dari perubahan mata wang asing.

BACA JUGA :   #3 SEBAB PERLU BELAJAR DI LUAR NEGARA
Kursk State Medical University, Rusia

Jika pelajar mendaftar sebagai pelajar di KSMU, pelajar tidak perlu bimbang akan yuran pengajian. Hal ini kerana, yuran pengajian di KSMU adalah tetap dan tidak akan berubah mengikut perubahan aliran mata wang dunia. Jadi, pelajar dapat membuat kerangka kewangan sehingga pelajar tamat pengajian tanpa perlu bimbang akan perubahan kewangan semasa.

Selain itu, kemudahan tambahan seperti gim, tempat makan  dan lain-lain kemudahan yang disediakan di sekitar universiti adalah sangat efisien kepada pelajar. Penjagaan keselamatan pelajar juga adalah terjamin dengan adanya pengawal keselamatan dan kamera kawalan keselamatan.

Jika anda mempunyai minat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, KSMU adalah universiti pilihan yang tepat untuk anda. Sekiranya anda benar-benar berminat, pihak Daulah Educonsult akan membimbing anda dan membantu anda sehingga anda dapat melanjutkan pengajian di universiti yang dipilih.

Berikut adalah maklumat tambahan berkenaan KELEBIHAN jika anda melanjutkan pengajian di KSMU:-
  1. Universiti Perubatan Top “10” di Rusia.
  2. Yuran pengajian yang sangat berpatutan.
  3. Bahasa penghantar menggunakan 100% Bahasa Inggeris.
  4. Universiti yang telah diiktiraf penuh oleh KPT, WHO, MMC, MQA, JPA dan lain-lain.
  5. Menawarkan pra-perubatan kepada pelajar lepasan SPM dan setaraf.
  6. Mempunyai empat sesi kemasukan iaitu pada bulan Februari, April, Jun dan September.
BACA JUGA :   Belajar Di Luar Negara Atau Dalam Negara Lepas SPM ?

Bagi anda yang berminat, berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan bagi kemasukan ke KSMU.
      • Bagi lepasan SPM, IGCSE, dan setaraf: Minimum gred B bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik @ Matematik Tambahan.
      • Bagi lepasan Asasi, Matrikulasi, Diploma dan setaraf: Minimum 3.0 CGPA.
*hubungi konsultan Daulah Educonsult sekiranya keputusan anda kurang daripada syarat kelayakan*

Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian anda dalam bidang perubatan, anda boleh hubungi konsultan pendidikan Daulah. Konsultasi secara percuma akan dilaksanakan oleh Daulah Educonsult. Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:

Website : https://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here