Negara Indonesia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan adat. Ia juga merupakan negara terdekat yang mempunyai budaya yang serumpun dengan negara Malaysia. Oleh yang demikian, mungkin ramai di antara pelajar Malaysia mempunyai keinginan untuk menyambung pengajian di Indonesia.
Selain kos sara hidup yang rendah, penggunaan bahasa harian juga dapat difahami dan dipelajari dengan mudah di sesetengah kawasan. Negara Indonesia juga kaya dengan sejarah-sejarah dan tempat menarik yang menjadi antara ‘bucket list’ para pelancong.

Bukan sekadar tempat yang menarik dan budaya yang pelbagai, ramai juga di antara rakyat Malaysia melanjutkan pengajian di universiti-universiti sekitar Indonesia. Indonesia juga antara negara yang mementingkan pendidikan rakyatnya. Oleh yang demikian, berbagai jenis institusi pendidikan diwujudkan untuk rakyatnya.
Antara institusi pendidikan penting adalah institusi pengajian tinggi atau universiti. Di peringkat ini, ramai daripada pelajar Malaysia yang memasang impian untuk melanjutkan pengajian di luar negara terutama di Indonesia. Antara bidang-bidang yang ditawarkan adalah bidang perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar.
Jika anda tertarik untuk ketahui peluang sambung belajar yang lebih lanjut di Indonesia, anda boleh dapatkan konsultasi secara percuma bersama pihak Daulah Educonsult. Pihak Daulah Educonsult sedia untuk membimbing anda dalam mengecapi impian sambung belajar di luar negara anda.
Bidang-bidang yang dinyatakan di atas juga ada ditawarkan oleh pihak Daulah Educonsult. Peluang sambung belajar ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, STPM, Asasi, Matrikulasi dan lain-lain lepasan setaraf ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Antara syarat kelayakan umum yang perlu dipenuhi pelajar adalah memperoleh
-
- sekurang-kurangnya kredit lulus dalam SPM dan setaraf
- sekurang-kurangnya 3.0 CGPA bagi lepasan Asasi dan setaraf
Namun, jika pelajar peroleh keputusan selain daripada syarat yang ditetapkan, pelajar boleh mendapatkan bimbingan langsung daripada pihak Daulah Educonsult. Konsultan pendidikan Daulah akan segera membantu anda dalam memberikan pandangan dan pilihan terbaik yang boleh dipilih pelajar.
Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi talian atau laman media sosial yang tertera di hujung artikel. Berikut adalah senarai nama universiti di Indonesia yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult dalam bidang yang berkaitan.
- Universitas Sumatera Utara (Perubatan, Farmasi, Pergigian)
2. Universitas Airlangga (Perubatan, Farmasi, Pergigian, Veterinar)
3. Universitas Hasanuddin (Perubatan)
4. Universitas Padjadjaran (Farmasi, Perubatan, Pergigian)
5. Institut Pertanian Bogor (Veterinar)
Jika pelajar mendaftar bersama pihak Daulah Educonsult, pelajar tidak akan perlu bimbang berkenaan pengiktirafan universiti. Hal ini kerana, universiti-universiti pilihan yang ditawarkan pihak Daulah telah pun mendapat pengiktirafan daripada pihak MQA, JPA, MMC, MDC, MVC dan lain-lain agensi berkaitan.
Memerlukan pihak kami untuk menghubungi anda? Klik pada butang di bawah.
Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi
Website : https://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Instagram : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)