Tidak dapat dinafikan, perkembangan teknologi dan logistik di Malayssia sudah memasuki satu tahap yang lain dan Malaysia sudah boleh berdiri sama tinggi dengan negara dunia pertama. Tambahan, kuasa viral di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Hal ini kerana hampir kesemua lapisan masyarakat di Malaysia mampu dan mempunyai smart phone atau telefon pintar.
Majoriti pengguna telefon bimbit di Malaysia mempunyai akses Internet dan disebabkan kecanggihan teknologi dan kemudahan yang disediakan, hampir ke semua aktiviti boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Tambahan, dengan kemudahan ini semua menyebabkan rakyat Malaysia ‘sedikit malas‘ untuk pergi ke restoran untuk membuat pesanan makanan. ‘Kemalasan‘ tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peniaga makanan dengan mempromosikan perniagaan anda secara atas talian.
Ramai di antara peniaga makanan yang sudah mula mempromosikan produk makanan mereka secara atas talian terutama di media sosial. Followers yang ramai memudahkan perniagaan dikenali dan mampu untuk meraih pelanggan. Tambahan, terdapat media sosial seperti Facebook, Instagram bahkan Tiktok yang membolehkan pengguna akaun untuk melakukan Live di akaun masing-masing. Hal ini secara tidak langsung mampu mengukuhkan hubungan diantara peniaga dan juga pelanggan dan anda berkemungkinan mampu meraih pelanggan baru.
Kemudahan perkhidmatan pesanan makanan secara atas talian ini semakin hari semakin baik. Terdapat pelbagai promosi yang cuba dilakukan untuk menarik para peniaga makanan ini untuk berniaga secara atas talian. Antara daya tarikan utama adalah caj penolakan yang rendah.
Safer Food Merchant antara food merchant yang sedang melakukan promosi 0% caj penolakan secara besar – besaran. Tambahan, ramai yang berpuas hati dengan kelebihan yang dinikmati dengan penyertaan mereka sebagai vendor di Safer Food Merchant. Berikut adalah kelebihan yang bakal dinikmati oleh vendor :
- Pendaftaran percuma
- Akaun diuruskan sepenuhnya oleh vendor
- Rider disediakan
- Waktu bekerja fleksibel
- Transaksi pembayaran secara atas talian
- Merchandise percuma
- Caj penolakan rendah
Pendaftaran juga adalah sangat mudah. Safer Food Merchant kini aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Melaka dan juga Johor. Dari semasa ke semasa, mereka sedang berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah vendor dan juga rider di kawasan yang terlibat.
Menyentuh isu caj penolakan, terdapat beberapa platform yang menyediakan caj penolakan namun kadangkala terlalu tinggi dan memberi bebanan kepada peniaga. Oleh itu, ianya mampu membuatkan ramai peniaga khususnya peniaga yang baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan atas talian ini berputus asa.
Di Safer Food Merchant, mereka sedang menjalankan promosi 0% caj penolakan di mana vendor tidak akan dikenakan sebarang caj penolakan sepanjang promosi ini berlangsung. Ianya secara tidak langsung membolehkan peniaga untuk ‘bernafas‘ sedikit di tempoh ekonomi yang tidak menentu ini.
Kepada anda yang ingin melakukan pendaftaran, pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian sahaja di : https://safer.my/sign-up-restaurant
Ikuti langkah pendaftaran di bawah :
Berikut adalah antara dokumen dan maklumat yang diperlukan untuk melakukan pendaftaran :
- Kad pengenalan pemilik
- Sijil SMM
- Lesen Perniagaan
- Sijil HALAL
- Gambar & harga makanan
- Waktu operasi kedai
- Maklumat bank akaun
- Logo Kedai
- Lokasi / Alamat kedai
Sekiranya anda mampu untuk melengkapkan kesemua dokumen dan maklumat di atas, akaun anda berkemungkinan boleh diaktifkan dalam masa satu hari sahaja! Seterusnya anda sudah boleh mula mempromosikan perniagaan bersama Safer Food Merchant.
Sebarang pertanyaan dan maklumat terkini, anda digalakkan untuk mengikuti platform media sosial mereka :
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram: https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube: https://bit.ly/safergroup
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/