Seorang wanita berpantang selepas melahirkan anak, – Mungkin masih ramai yang melakukannya kerana yakin kaedah penjagaan diri secara tradisional terutama bertangas yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun, ada juga yang kurang percaya dan beranggapan ia adalah kaedah yang kolot. Adapun begitu, konsep berpantang ini sememangnya sudah sebati dengan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Alatan untuk bertangas.

Persediaan awal untuk ibu berpantang itu penting, para ibu pada masa kini perlu diterapkan mengenai kelebihan-kelebihan dan keutamaan berpantang selepas bersalin supaya mereka sekurang-kurangnya tahu dan bersedia untuk menempuh waktu penting tersebut. Berpantang yang dimaksudkan ini adalah mengikut setiap kaedah penjagaan yang diamalkan nenek moyang terdahulu. Percaya atau tidak, untuk mempraktikkannya adalah terpulang kepada diri masing-masing.

Seterusnya, untuk makluman para ibu dan ayah, amalan berpantang cara tradisional Melayu adalah cara yang menjadi pilihan masyarakat di Malaysia. Ini berikutan caranya yang lengkap dan mengikut Bahagian Perubatan Tradisional & Komplimentari (TCM) Kementerian Kesihatan Malaysia. Baik wanita Melayu, Cina mahupun India, mereka tidak menolak setiap tatacara yang diperkenalkan dalam tempoh berpantang.

BACA JUGA :   Amalan Sunnah Yang Boleh Dilakukan Ketika Haid Dan Nifas

Antara tatacara tersebut adalah amalan berurut, bertungku dan pilis kerana semua amalan ini boleh mendatangkan banyak faedah kepada tubuh sekiranya berhasil untuk dilakukan dengan cara yang betul. Bezanya bagi wanita Cina, mereka memilih untuk mengamalkan pemakanan menggunakan herba. Begitu juga dengan wanita India, tetapi mereka tidak menolak rawatan tradisional yang lain.

Selain itu, amalan mahupun kaedah yang dipraktikkan sepanjang penjagaan ibu selepas bersalin termasuklah mandi teresak (mandi herba); pemakaian barut; berdiang atau bersalai; upacara pelepas; angkat atau mati peranakan; penjagaan pemakanan dan pergerakan semasa tempoh berpantang; pengurusan uri; dan pengurusan bayi.

Merasakan anda tidak boleh untuk menguruskan segala kaedah berpantang yang ada? Jangan risau. Hubungi saja Urigo, dan semuanya boleh diselesaikan dengan mudah. My Urigo Services antara syarikat yang menawarkan servis pengurusan uri bayi, terapi postnatal bagi ibu selepas bersalin, majlis tahnik dan akikah. Anda berminat untuk menempah slot bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh My Urigo Services?

BACA JUGA :   Kandungan Nutrisi Kurma Kepada Kesihatan Yang Jarang Diketahui Ramai
Hubungi My Urigo Services menerusi:-

Whatsapp

Website

Facebook

Semoga kehidupan anak dan keturunan kita menjadi mulia dan diberkati Allah S.W.T.
Anda berminat untuk sambung belajar dalam bidang perubatan, pergigian atau farmasi? Ayuh dapatkan maklumat lanjut bersama Daulah Educonsult.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here