Secara umumnya, mungkin semua sudah tahu berkenaan peluang sambung belajar bagi lepasan SPM di Mesir adalah melalui Fakulti Ulum Islamiah. Namun, selain daripada di Universiti Al-Azhar, Mesir. Terdapat sebuah lagi tempat pengajian yang menawarkan peluang sambung belajar kepada pelajar lepasan SPM.

sambung belajar uin suska
Sumber: Google Image

Tempat tersebut adalah di Indonesia menerusi Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru. Lebih dikenali sebagai UIN SUSKA, universiti ini telah berdiri semenjak tahun 1970 melalui nama Institut Agama Islam Negeri Sulthan Syarif Qasim. Ia merupakan antara salah sebuah cawangan bagi universiti Islam di Indonesia.

Bermula dengan beberapa fakulti yang berasaskan kuliah Perguruan, ia berkembang dan kini mempunyai lapan fakulti utama. Berikut adalah fakulti yang ada di UIN SUSKA

Pelajar boleh memilih mana-mana bidang yang berkaitan mengikut minat pelajar. Antara bidang yang sering dipilih oleh pelajar di bawah Daulah Educonsult adalah bidang Hukum Keluarga dari Fakulti Syariah dan Hukum.

Syarat kelayakan kemasukan adalah seperti yang berikut
      • Pelajar lepasan SPM : Memperoleh sekurang-kurangnya lulus kredit dalam semua subjek.
      • Pelajar lepasan STPM dan setaraf : Memperoleh sekurang-kurangnya 2.5 CGPA.

Pengajian di UIN SUSKA adalah untuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tempoh pengajian pula adalah selama 4 tahun bersama dengan 8 semester. Bagi anda yang terlepas peluang untuk melanjutkan pengajian ke Mesir, UIN SUSKA di Indonesia mungkin menjadi pilihan kedua anda.

Pendaftaran kemasukan ke UIN SUSKA pula boleh dilakukan menerusi agensi konsultasi pendidikan swasta, Daulah Educonsult. Pendaftaran bagi kemasukan September 2022 sudah dibuka. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sambung belajar dalam bidang Pengajian Islam di Indonesia!

BACA JUGA :   Pendaftaran ke Universiti Luar Negara

Anda bakal menduduki SPM? Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan haluan pendidikan selepas SPM. Persediaan yang lengkap selepas tamat SPM semestinya akan membantu anda di masa yang akan datang.

Berminat untuk lakukan pendaftaran kemasukan ke UIN SUSKA? Klik pra-daftar sekarang dan pihak Daulah Educonsult akan terus menghubungi anda.

PRA-DAFTAR

Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi talian di bawah dan layari media sosial Daulah Educonsult untuk maklumat yang terkini.

Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Website : www.daulahmedic.com
Facebook : Daulah Educonsult
Twitter : @DaulahEdu
Instagram : daulah_educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Tiktok : @daulahedu

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here