Menjadi seorang yang mempunyai tahap pemerhatian yang tinggi adalah salah satu ciri seorang doktor yang baik. Hal ini kerana di samping bertugas untuk merawat pesakit, mereka juga perlu memberikan pemerhatian yang tinggi kepada pesakitnya. Jika anda adalah seseorang yang mampu untuk berbuat demikian, kerjaya sebagai seorang doktor adalah antara salah satu kerjaya yang boleh anda ceburi.
Cara menjadi Doktor atau Doktor Gigi
Kita sering di’momok’kan dengan cerita bagaimana kerjaya sebagai seorang doktor ini adalah sangat mencabar. Namun, masih ada ramai juga yang tetap meminati bidang ini dan sehingga kini ramai graduan perubatan di Malaysia. Tambahan daripada itu, bidang pergigian juga telah menjadi sebuah bidang yang agak digemari.
Hal ini kerana, rakyat Malaysia semakin menjaga kesihatan mulut dan gigi. Bukan sekadar itu, kerjaya sebagai doktor perubatan dan pergigian seringkali dipandang tinggi oleh masyarakat. Jadinya kerjaya sebagai seorang doktor ini merupakan pekerjaan yang sangat mulia. Jika anda berminat untuk memulakan langkah sebagai seorang doktor atau doktor perubatan-
Anda perlu mengetahui apakah yang perlu anda lakukan untuk bergelar pelajar perubatan dan pergigian setelah tamat belajar di peringkat SPM. Yang pertama, semasa berada di peringkat SPM, pelajar perlu mengambil subjek Biologi, Fizik dan Kimia. Anda perlu memperoleh sekurang-kurangnya minimum GRED B bagi subjek-subjek tersebut.
Setelah memperoleh keputusan SPM, pelajar perlu mengambil sijil Asasi Sains atau mana-mana sijil setaraf dengan bidang pengajian perubatan dan pergigian. Di sini, untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya minimum CGPA 3.0.
Namun, jika anda sudah bosan atau mahu mendapatkan pengalaman belajar yang lain dari yang lain, anda boleh menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara. Jika anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkenaan tawaran sambung belajar di luar negara, anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult.
Peluang Sambung Belajar Ijazah Sarjana Muda
Apa yang anda perlu lakukan adalah melampirkan salinan keputusan SPM dan Asasi anda atau mana-mana sijil setaraf untuk pihak mereka lakukan semakan lanjut. Pihak Daulah Educonsult sedia untuk memberikan khidmat konsultasi kepada anda sekiranya keputusan anda tidak memenuhi syarat kelayakan kemasukan bagi bidang perubatan di universiti luar negara.
Khidmat konsultasi yang akan diberikan adalah secara percuma, jadi anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada konsultan Daulah Educonsult dengan mudah. Selain daripada itu, pihak Daulah Educonsult turut menawarkan peluang sambung belajar bagi bidang perubatan dan pergigian di beberapa universiti terpilih. Berikut adalah pilihan universiti yang ada.
Bidang Perubatan |
Bidang Pergigian |
Kursk State Medical University, Rusia Volvograd State Medical University, Rusia Privolzhsky Research Medical University, Rusia I.M. Sechenov First Moscow State Medical University, Rusia Universitas Sumatera Utara, Indonesia University of Lodz, Poland Mymensingh Medical College, Bangladesh |
Universitas Sumatera Utara, Indonesia Universitas Airlangga, Indonesia Universitas Padjadjaran, Indonesia Dhaka Dental College, Bangladesh
|
Anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tawaran sambung belajar ini? Hubungi pihak Daulah Educonsult sekarang di
Nombor pejabat : 03-92851322
Talian khidmat pelanggan : 018-9624322
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Website : www.daulahmedic.com
Facebook : Daulah Educonsult
Twitter : @DaulahEdu
Instagram : daulah_educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Tiktok : @daulahedu