Tahukah anda? Negara Mesir mempunyai lebih daripada 8,000 pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di sana. Negara Mesir berkedudukan pertama daripada negara di seluruh dunia yang memiliki ramai pelajar Malaysia.
Negara yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi ini menjadi sebuah negara yang menjadi impian para pelajar Malaysia untuk sambung belajar. Antara bidang utama yang pelajar minati adalah bidang sains kesihatan seperti perubatan, pergigian, farmasi serta bidang Pengajian Islam.
Jika anda berhasrat untuk sambung belajar untuk ke bidang-bidang yang dinyatakan, ayuh baca dengan selanjutnya.
Untuk pengetahuan anda, negara Mesir merupakan antara negara yang amat sukar untuk dimasuki. Syarat-syarat kelayakan yang dikenakan kepada pelajar boleh dikatakan sedikit ketat berbanding negara lain.
Peluang Sambung Belajar bagi bidang Sains Kesihatan
Sains kesihatan di Mesir terdiri daripada bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi. Antara syarat kelayakan yang dikenakan adalah ia dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berikut adalah kriteria yang diperlukan untuk mendaftar.
-
- Peroleh minimum gred B bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.
Peluang Sambung Belajar bagi bidang Pengajian Islam
Pengajian Islam di Mesir terbahagi kepada tiga bidang utama iaitu Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab. Syarat untuk mendaftar adalah pelajar perlu dari lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Kriteria yang diperlukan adalah seperti berikut.
-
- Peroleh minimum PANGKAT JAYYID.
Peluang Sambung Belajar bagi Ulum Islamiah
Ulum Islamiah merupakan fakulti khas yang dibangunkan dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar pada tahun 2008. Syarat kemasukan yang dikenakan adalah hanya pelajar lepasan SPM sahaja layak mendaftar. Kriteria kelayakan seperti dinyatakan di bawah.
-
- Peroleh minimum GRED B bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran Sunnah.
Sekiranya anda daripada lepasan SPM atau STAM yang telah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dan berminat untuk sambung belajar di Mesir. Hubungi pihak Daulah Educonsult segera untuk mendapatkan bimbingan lanjut.
Namun, jika keputusan anda seperti kurang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan, anda juga boleh mendapatkan bimbingan daripada konsultan Daulah Educonsult. Bimbingan akan diberikan secara percuma sahaja. Klik butang di bawah untuk hubungi konsultan Daulah.
Bukan sekadar memberikan bimbingan kepada pelajar untuk ke Mesir. Daulah Educonsult juga menguruskan pelajar untuk ke negara-negara lain seperti Rusia, Indonesia, Bangladesh, Poland dan lain-lain.
Jika anda berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut berkenaan Daulah Educonsult, klik mana-mana butang di bawah.
Media Sosial
Hubungi
Talian Pejabat (03-9285 1322)