Islam sebenarnya telah lama berkembang di Rusia sejak abad ke-16 lagi. Hal ini kerana pada abad ke-18 dan abad ke-19, berlakunya kemasukan besar-besaran dari Dagestan, Chechen, Circassia dan juga Ingush ke Rusia. Situasi ini menyebabkan pengaruh Islam semakin berkembang dan meluas ke wilayah bekas jajahan Soviet ini.

Kemasukan mereka ini telah meninggalkan jejak Islam seperti rumah ibadah iaitu masjid. Namun ketika zaman penjajahan Komunis berleluasa, banyak masjid dan juga peninggalan Islam banyak telah dihancurkan. Tinggalan masjid dan lainnya yang masih bersisa sekarang berusia hampir ratusan tahun.

Tinggalan sejarah ini menjadi saksi bahawa Islam pernah gemilang di bumi Rusia. Misalnya sehingga ke hari ini, masjid-masjid tersebut masih tegak berdiri dan aktif digunakan oleh komuniti Islam sekitarnya. Berikut adalah antara masjid yang masih lagi digunakan di Rusia.

Masjid Marcani

Terletak di Kazan dan merupakan masjid yang tertau du daerah Tatarstan. Masjid ini adalah salah satu masjid yang terselamat dari serangan ketika pemerintahan Soviet. Menengahkan senibina tradisional Tatar dan Vaily Kaftyrev dipercayai adalah arkitek yang bertanggungjawab dalam mengetuai pembinaannya.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University, Rusia Tawar Pengajian Pra-Perubatan Kepada Lepasan SPM.

Masjid Iske Tash

Lokasi masjid ini adalah dibina di atas pemakaman peringatan para pejuang yang telah mempertahankan Kazan pada tahun 1552. Pembinaan dimulai pada tahun 1802 oleh bantuan pedagang dari Ghabdulla Utamishev. Masjid ini mempunyai dua tingkat dan pada akhir tahun 1930-an rumah ibadah ini telah digunakan sebagai sekolah dan dibuka semula sebagai rumah ibadah pada tahun 1994 sehingga kini.

Masjid Bornay

Masjid ini dibina pada tahun 1872 yang diketuai oleh Mohammad Sadiq Bornay. Masjid ini aktif digunakan sehingga ke hari ini dan terletak di daerah Tatarstan. Arkitek yang bertanggungjawab adalah Pyotr Ivanovich Romanov.

 

Kepada pelajar atau pelancong yang ingin ke Rusia khususnya yang beragama Islam, anda tidak perlu risau kerana walaupun Muslim adalah minoriti namun yakinlah bahawa Islam pernah gemilang di bumi Rusia. Makanan Halal juga mudah didapati.

BACA JUGA :   Pengajian Bidang Pergigian Di Universiti Luar Negara

Berita baik untuk pelajar perubatan yang ingin melanjutkan pengajian di Rusia, Kursk State Medical University sedang membuka pendaftaran untuk pelajar bagi sesi September 2022. Anda boleh jalani sesi konsultasi secara online atau anda juga boleh walk in sahaja ke pejabat Daulah Educonsult yang terlteak di : No. 1, 19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur, Selangor.

Untuk dapatkan sesi konsultasi, boleh hubungi :

Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Layari media sosial tersebut untuk maklumat terkini :

Website : http://daulahmedic.com/ 
Facebook : Daulah Educonsult 
Youtube : Daulah Educonsult

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here