Pernah dengar mengenai negara Poland? Negara ini terletak di Eropah Timur. Bila sebut Eropah, mesti dalam kepala asyik teringat Paris, London dan sebagainya. Artikel kali ini, Deenamik nak membawa anda menelusuri negara Poland bersama dengan Daulah Educonsult. Mungkin setelah membaca artikel ini, anda berminat untuk melancong ke Poland bahkan melanjutkan pengajian di negara ini? Kita hanya mampu merancang ?

Poland atau Republik Poland seperti negara lainnya pernah dijajah oleh Komunis antara tahun 1940 hingga 1945. Negara ini bersepadan dengan negara Jerman,  Republik Czech dan juga Slovakia. Poland juga adalah sebuah negara yang menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Antaranya adalah Gunung Tatra yang sering dikunjungi oleh pelancong lokal dan juga pelancong luar.

Penduduk di Poland kebanyakan mampu bertutur bahasa Inggeris kerana majoriti mereka bekerja di negara United Kingdom dan Ireland. Poland mempunyai populasi penduduk hampir 38 juta penduduk dan 90 peratus dari penduduknya adalah beragama Kristian Katolik. Namun, terdapat hampir 30,000 penduduk yang beragama Islam. Walaupun Muslim adalah minoriti namun segala perayaan dan aktiviti ibadah dibenarkan oleh kerajaan Poland.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Platform Pilihan Terbaik

Makanan adalah salah satu benda wajib yang perlu ada terutama bagi Muslim yang melancong ke negara bukan Muslim. Kebiasaannya berdasarkan pengalaman, memasak adalah lebih baik bagi Muslim. Terdapat jugakedai dan restoran halal yangg boleh didapati di sekitar bandar Poland. Zlotych adalah mata wang rasmi poland. Berkenaan dengan pengangkutan pula, Poland terkenak dengan sistem pengangkutannya yang efisien dan sistematik.

Kota Lama (Old Town) adalah antara lokasi wajib dikunjungi. Penduduk tempatan menggelarnya sebagai Stare Miasto yang menempatkan pelbagai bangunan dengan senibina Eropah kuno seperti seni bina Renaissance, Baroque dan juga Gothic.

Masyarakat Poland sangat menghargai sejarah, tidak hairanlah terdapat banyak muzium yang dibangunkan seperti Muzium Auschwitz Birkenau. Muzium ini pernah dijadikan pusat tahanan ketika zaman pendudukan Nazi Jerman.

Sistem pendidikan di Poland juga sama hebat dengan negara membangun lainnya. Pelajar dari pelusuk dunia ramai memilih untuk melanjutkan pengajian di negara ini. Tambahan, universiti bertaraf antarabangsa di Poland menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran.

BACA JUGA :   UNIVERSITI DI POLAND BERTARAF ANTARABANGSA
Warsaw University of Technology

? University of Lodz

? University of Warsaw

? Warsaw University of Technology

? Vistula University

? Vincent Pol University

Antara bidang pengajian yang ditawarkan oleh universiti di atas adalah Kejuruteraan Mekanikal, Perniagaan, Sains Perubatan dan lainnya. Kemasukan seterusnya adalah pada September 2022 dan dibuka khas untuk pelajar lepasan SPM / IGCSE / O – Level / STPM/ Asasi / Matrikulasi / Diploma / A – Level dan setaraf .

Kesemua universiti di atas telah pun mendapat pengiktirafan penuh dari WHO,KPT, MQA, JPA, MMC. Pelajar tidak perlu risau untuk melanjutkan pengajian di negara ini. Jika anda berminat, ada sudah boleh mula melakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Admin cadangkan untuk anda jalani dahulu sesi konsultasi bersama konsultan di Daulah Educonsult untuk melakukan perancangan teliti sebelum mula bergelar pelajar di universiti di Poland.

Book your seat now!

Website : http://daulahmedic.com/ 
Facebook : Daulah Educonsult 
Youtube : Daulah Educonsult 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : https://wa.link/itr9kr
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here