Kerjaya dalam bidang perubatan kini semakin mendapat perhatian disebabkan kerana masyarakat kini memandang isu kesihatan sebagai isu utama. Tambahan, beberapa tahun kebelakangan ini, dunia dikejutkan dengan penularan virus pembunuh iaitu COVID-19 yang bermula di negara China iaitu di wilayah Wuhan. Adakah anda salah seorang pelajar yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan? Jika ya, artikel ini khas untuk anda.
Selain di Malaysia, negara Asia lainnya turut menawarkan bidang pengajian perubatan dengan kualiti pengajian yang terbaik. Pengajian bidang perubatan turut ditawarkan oleh negara serumpun kita iaitu Indonesia. Kualiti pengajian perubatan di Indonesia adalah setanding dengan negara lainnya di dunia.
Pelajar Malaysia menjadikan universiti perubatan di Indonesia untuk melanjutkan pengajian di peringakt Ijazah Sarjana Muda. Terdapat 3 buah universiti yang sentiasa menjadi tumpuan pelajar dari Malaysia. Berikut adalah pilihan universiti :
Universitas Sumatera Utara
Singkatan panggilan USU, universiti yang terletak di Medan ini menawarkan bidang pengajian perubatan dengan kualiti terbaik. Universiti ini adalah antara universiti pertama yang menjadi pilihan pelajar. Fakulti perubatan di USU diwujudkan pada tahun 1952 dan baru baru ini universiti ini telah berjaya menduduki kedudukan ke-19 di Indonesia bagi QS Asia Ranking 2022!. Universiti ini berstatus universiti awam di Indonesia.
Universitas Airlangga
Dikenali sebagai UNAIR dalam kalangan siswazahnya dan telah terbukti dalam melahirkan graduan perubatan yang profesional. Terletak di Surabaya dan dibangunkan pada zaman pemerintahan Hindia Belanda. Oleh itu, senibina pembinaannya kebanyakannya dipengaruhi oleh pengaruh dari Belanda.
Universitas Hasanuddin
Fakulti perubatan di universiti ini merupakan antara fakulti perubatan tertua di Indonesia Timur dan merupakan fakulti ketiga yang dibina di Universitas Hasanuddin. Universiti ini juga yang merupakan pilihan pelajar dari Malaysia terletak di Makassar, Indonesia. Fakulti ini dibina bersama dengan Fakulti Undang-Undand dan juga Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.
Kesemua universiti di atas adalah Top 3 pilihan pelajar perubatan dari Malaysia. Paling penting, universiti tersebut telah mendapat pengiktirafan penuh dari MQA,WHO,KPT, JPA, dan MMC. Hal ini kerana setelah anda menamatkan pengajian selama hampir 5 tahun sebagai pelajar perubatan, anda perlu berdaftar dengan MMC bagi mendapatkan Sijil Pendaftaran Sementara.
Bagi yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan di Indonesia, admin cadangkan anda untuk melakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Mereka mempunayi barisan konsultan terlatih yang mampu membantu anda untuk mencapai cita-cita anda. Kemasukan seterusnya adalah pada September 2022. Seat adalah terhad!
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)