Negara dikejutkan dengan bencana banjir yang agak luar biasa di beberapa buah negeri di Malaysia. Beberapa buah PPS juga sudah mula dipenuhi dan ada antaranya yang sudah melebihi hjad kapasiti yang sepatutnya. Takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa banjir dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih untuk organisasi berwajib dan juga individu yang bersedia membantu mangsa banjir dari pelbagai segi sama ada dari segi kewangan, keperluan asas, mental dan sebagainya. Rakyat Malaysia memang terbaik!
Namun, anda juga perlu peka dengan pelbagai penyakit berjangkit yang pastinya wujud disebabkan persekitaran yang kurang bersih. Tambahan, bekalan air bersih juga mengalami gangguan di lokasi kejadian banjir. Anda dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan ditambah pula dengan penularan COVID-19 yang masih lagi belum pulih.
Berikut adalah antara penyakit berjangkit yang perlu anda ambil berat !
Penyakit Bawaan Air Dan Makanan
Makanan adalah keperluan asas untuk meneruskan kehidupan sehari-hari. Kekurangan zat makanan boleh menyebabkan malnutrisi berlaku. Antara penyakit yang akibat bawaan air dan makanan ini adalah seperti demam kepialu (tifoid), taun, Hepatitis B, keracunan makann dan jangkitan usus. Jika anda diserang penyakit seperti tersebut, anda bakal mengalami symptom seperti cirit birit, muntah, demam, sakit perut dan juga sakit kepala.
Leptospirosis
Penyakit ini adalah bawaan dari haiwan berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing, lembu dan sebagainya. Ianya boleh berjangkit melalui sentuhan secara langsung dengan air atau air banjir yang Sudha terdedah dan dicemari dengan air kenimg atau najis haiwan berkenaan. Simptom penyakit ini adalah demam, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot, mata merah, ruam, sakit pada abdomen, jaundis dan juga warna air kencing yang agak kehitaman.
Sakit Mata (Konjuktivitis)
Boleh berlaku disebabkan kerana perkongsian alatan peribadi seperti tuala mandi, bantal dan sapu tangan . Ianya juga boleh berjangkit dengan orang yang sudah mempunyai sakit mata. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan dan mengalami keradangan di bahagian putih mata. Simptonya adalah mata berair dan pedih, pengeluaran tahi mata yang berlebihan, mata terasa gatal dan juga mata akan sensitif terhadap cahaya.
Demam Denggi
Nyamuk Aedes antara habitat yang bakal wujud dan membiakĀ selepas banjir surut. Wabak ini boleh ditangani dengan memastikan tiada tempat yang berpotensi unutk menakung air seperti plastic, tin minuman, bekas makanan polisterina, tayar dan sebagainya. Antara simptom yang bakal dihadapi adalah seperti sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan otot, sakit pinggang dan juga gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan pula adalah seperti timbul bintik-bintik merah terang di anggota bawah pesakit dan lama kelamaan akan mereka di anggota yang lainnya.
Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil ketika berlakunya banjir seperti sentiasa mematuhi arahan daripada pihak berkuasa, pindah segera ke kawasan pusat pemindahan tredekat seperti yang diarahkan dan elakkan kanak-kanak bermain air banjir. Tambahan, kesihatan dan keselamatan warga berisiko seperti warga tua, kanak-kanak dan ibu hamil perlu dititikberatkan dan jangan lupa untuk menutup suis dan mencabut plak utama elektrik, injap utama bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah.
Sentiasa menjaga kesihatan dan sentiasa mematuhi arahan dari pihak berkuasa sepanjang anda berada dalam situasi banjir ini. Dapatkan rawatan awal jika anda dapati diri tidak sihat dan mempunyai simptom yang di atas.