Indonesia, sebuah negara yang kaya dengan peradaban dan ketinggian ilmu. Seiring itu, dunia perfileman di negara Republik ini juga terus berkembang dengan pelbagai genre yang mampu memikat setiap penonton yang datang ke pawagam. Jika anda peminat Sinetron, anda pasti pernah menonton filem-filem hebat yang pernah ditayangkan di Indonesia.

Berikut adalah antara filem Indonesia yang WAJIB ditonton oleh anda! Ulang tonton banyak kali pun tak rugi.

Ada Apa Dengan Cinta Series 1 dan 2 (2002 dan 2016)

Rangga dan Cinta, dua aktor dan aktres popular dalam kisah percintaan filem ini. Filem siri pertama mengisahkan mengenai dua remaja yang memiliki latar belakang yang berbeza namun keduanya saling mencintai.

Filem siri kedua pula mengisahkan percintaan kedua remaja tersebut saat di sekolah dan dipertemukan semula selepas 14 tahun terpisah. Sekuel kedua ini meraih filem box office di Indonesia.

Hearts (2006)

Lagu runut filem ini iaitu Hearts pernah popular satu masa dahulu yang dinyanyikan oleh Irwansyah dan juga Acha Septriasa. Filem ini sama juga seperti filem Ada Apa Dengan Cinta yang mengangkat kisah percintaan. Kisah percintaan tiga segi antara Rachel, Farrel dan juga Luna sangat menarik untuk ditonton dimana ianya menjadi tanda tanya siapakah yang bakal menjadi suri hati Farrel.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Dalam Bidang Pengajian Islam Di Universitas Islam Negeri SUSKA, Indonesia Sesi 2021.

Ayat-Ayat Cinta (2008)

Filem  adaptasi dari sebuah novel karya agung dari Habiburrahman El Shirazy dengan kisah percintaan yang unik dan bersandarkan keagamaan. Percintaan Fahri (Fedi Nuril), seorang pemuda Indonesia yang menuntut ilmu agama di negara Arab. Di sana, dia ditemukan dengan seorang Wanita berpurdah yang taat beragama iaitu Aisyah ( Rianti Cartwright). Perkenalan mereka berkekalan sehinggalah mampu mendirikan rumahtangga.

Namun, hidup berumahtangga mereka berdua diuji dengan kedatangan seorang wanita bukan Islam iaitu Maria (Carissa Puteri). Ingin tahu kesudahan kisah mereka berdua, tonton sekarang!

Laskar Pelangi (2008)

Turut merupakan adaptasi daripada novel karya Andrea Hirata yang menceritakan mengenai 10 kanak-kanak dengan latar keluarga yang miskin. Mereka berjuang untuk mendapatkan Pendidikan walaupun dalam keadaan yag terbatas iaitu di sebuah sekolah Muhammadiyah, Belitung. Filem ini juga mengangkat mengenai masalah sosial dimana perbezaan antara sekolah miskin dan juga sekolah mewah. Latar belakang masa adalah sekitar tahun 70-an.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Tawaran Sambung Belajar Ke Luar Negara

Rumah Dara / Macabre (2009)

Bagi peminat filem seram, filem ini wajib anda tonton! Filem ini mengangkat mengenai kisah sebuah keluarga kanibal yang menjadikan daging manusia sebagai hidangan utama di restoran mereka. Walaupun berkonsepkan filem seram, namun filem ini lebih kepada konsep kanibalisme dan psikopat. Filem ini tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak ya.

Bukan sahaja filemnya yang bagus dan berkualiti, namun sistem pendidikan di Indonesia juga tidak kurang hebatnya. Jika anda berhasrat untuk melanjutkan pengajian di Indonesia dalam pelbagai bidang yang diminati, Daulah Educonsult mampu membantu anda merealisasikan impian anda. Pilihan universiti juga sudah mendapat pengiktirafan penuh!

Untuk meklumat lanjut, sila hubungi :

Website : http://daulahmedic.com/ 
Facebook : Daulah Educonsult 
Youtube : Daulah Educonsult 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : https://bit.ly/konsultanAfiqah
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here