Bidang pengajian veterinar semakin dipandang sepi di Malaysia. Di Malaysia hanya terdapat dua sahaja universiti yang menawarkan bidang pengajian ini iaitu di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Tahukah anda, kerjaya sebagai doktor veterinar ini sangat diperlukan terutama di negara kita, Malaysia. Selain di Malaysia, negara jiran kita iaitu Indonesia juga antara negara yang turut menawarkan program pengajian ini.

Terdapat dua jenis universiti yang ditawarkan untuk bidang ini iaitu Universitas Airlangga dan juga Institut Pertanian Bogor. Namun, entri kali ini, admin ingin menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan dengan peluang pengajian di Institut Pertanian Bogor.

Institut Pertanian Bogor membuka peluang pengajian Veterinar bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pelajar yang layak melakukan permohonan pendaftaran adalah pelajar dari lepasan SPM/IGCSE/Asasi/Matriks/STPM/Diploma/A-level/O-level@ setaraf. Namun, jika anda pelajar yang hanya mempunyai keputusan Trial SPM juga kami galakkan untuk melakukan permohonan.

BACA JUGA :   VETERINAR DI INDONESIA

Lokasinya terletak di Bogor, Indonesia. Bogor terkenal dengan suhunya yang nyaman dan berangin. Sangat selesa untuk melanjutkan pengajian di institute tersebut. Tambahan, IPB adalah institut yang telah mendapat pengiktirafan dari MQA dan MVC dan pernah menjalinkan kerjasama bersama Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mengapa Pelajar Perlu Memilih IPB ?

  • Perjalanan yang singkat dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Soekarno Hatta International Airport.
  • Sistem Pendidikan bertaraf antarabangsa
  • Bertaraf universiti awam dengan pengiktirafan penuh dari MQA dan MVC
  • Yuran pengajian yang berpatutan
  • Bahasa dan budaya yang hampir sama dengan Malaysia

Jika pelajar berminat, kemasukan adalah pada September 2022. Pelajar yang berminat dan berkelayakan dinasihatkan untuk melakukan pendaftaran awal. Untuk pendaftaran yang lebih lancar dan teratur, admin ingin cadangkan agar pelajar menggunakan perkhidmatan konsultasi daripada Daulah Educonsult. Mereka adalah konsultan pendidikan yang berpengalaman dalam mengurus dan membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti diiktiraf di luar negara.

BACA JUGA :   Sambung Ijazah di Universiti Luar Negara melalui Daulah Educonsult

Untuk makluman, kemasukan kali ini ke Institut Pertanian Bogor ini adalah terhad kepada 20 orang pelajar sahaja. Jadi jika anda serius untuk melanjutkan pengajian ke IPB, lakukan pendaftaran segera!

Website : http://daulahmedic.com/ 
Facebook : Daulah Educonsult 
Youtube : Daulah Educonsult 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : https://bit.ly/konsultanAfiqah
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here