Artikel kali ini adalah khas untuk anda yang ingin melancong ke negara Indonesia. Indonesia menyediakan pelbagai lokasi pelancongan tumpuan yang semestinya dikunjungi oleh penduduk lokal mahupun pelancong dari luar negara.
Medan, Indonesia satu nama yang tidak asing bagi pelancong yang inginkan percutian berkonsep kehijauan. Walaupun Medan tidaklah sepopular lokasi percutian seperti negeri lain di Indonesia, namun Medan mempunyai khazanah semulajadi yang mampu menarik minat segelintir peminat alam semulajadi.
Jika anda mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk ke Medan Indonesia, anda perlu turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu .
Berikut adalah antara lokasi tumpuan pelancong sepanjang berada di Medan, Indonesia.
Danau Toba ( Tasik Toba)
Berasal daripada letusan gunung berapi dan telah meninggalkan kawah yang agak besar dengan saiz dua kali ganda negara Singapura. Lama-kelamaan, kawah tersebut mula membentuk sebuah tasik yang dikenali sebagai Danau Toba (Tasik Toba) di kalangan masyarakat tempatan. Danau Tona ini juga mempunyai lagendanya yang tersendiri.
Air Terjun Sipio Piso
Air terjun ini antara air terjun yang tertinggi di negara Indonesia engan ketinggian 120 meter dan berada di atas Gunung Kabanjahe. Kawasan sekitar air terjun ini menyajikan pandangan yang sangat indah dan memukau dengan kehijauan. Jika anda inginkan udara yang segar dan nyaman, air terjun ini perlu ada dalam check list anda jika anda berkunjung ke Medan.
Istana Maimun
Wujud ketika zaman kegemilangan Kesultanan Deli dan dibina atas perintah Sulatan Deli Makmun Al-Rashid Perkasa Alam Syah pada tahun 1888. Senibina istana ini sangat unik dan cantik.
Rahmat International Wildlife Museum & Gallery
Merupakan sebuah tempat pelancongan yang mengangkat konsep muzium dan galeri. Mempunyai pelbagai koleksi mengagumkan yang terdiri daripada hidupan liar yang telah pun diawetkan . Koleksi binatang yang terdapat di muzium ini adalah dari seluruh pelusuk dunia dan terdapat lebih daripada 2000 spesies binatang bersaiz besar, sederhana dan juga kecil.
Merdeka Walk
Jika melancong ke negara orang, tidak sah kiranya tidak merasai makanan di negara tersebut. Jika anda berkunjung ke Medan, admin cadangkan untuk anda singgah ke Merdeka Walk. Terdapat pelbagai deretan kedai yang disediakan di Merdeka Walk ini daripada makanan tradisonal sehinggalah ke makanan Barat. Jika inginkan sedikit kemeriahan, anda digalakkan untuk berkunjung pada malam minggu kerana anda akan disajikan dengan persembahan live band.
Kampung Tomok
Ingin merasai kehidupan kampung tradisional rakyat Indonesia? Ayuh berkunjung ke Kampung Tomok. Lokasinya terletak di sebuah kampong kecil di Pulau Samosir, Danau Toba. Kaum yang terdapat di Kampung Tomok ini adalah kaum Batak. Anda juga boleh menziarahi makam Raja Sdabutar di perkampungan ini.
Gunung Sibayak
Jika anda kaki hiking, jangan lepaskan peluang untuk medaki Guning Sibayak. Pendakian untuk sampai ke puncak mengambil masa selama 1 jam sahaja. Trek yang disediakan juga tidak lah sesukar mana dan berkonsep santai santai sahaja. Jika anda melakukan pendakian di awal hari, anda mungkin berpeluang untuk menyaksikan matahari terbit yang sangat memukau.
Selain lokasi pelancongan yang menjadi tumpuan, Medan juga ada menyediakan peluang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Universitas Sumatera Indonesia ada membuka peluang tersebut dalam bidang Sains Kesihatan. Jika anda berminat, boleh merujuk kepada Daulah Educonsult dan mereka akan membimbing anda.
Jika berminat, sila hubungi talian di bawah :
“Realisasikan Impian Anda Bersama Kami”
☎️ Pejabat : 03-92851322
? Konsultan Afiqah : https://bit.ly/konsultanAfiqah
? Alamat pejabat : No1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima , Kuala Lumpur.