Sedang mencari peluang pekerjaan dengan masa yang fleksibel? Atau sudah mmepunyai pekerjaan hakiki namun inginkan pendapatan sampingan? Admin ada satu peluang pekerjaan yang sesuai untuk anda sama ada secara sepenuh masa atau part time sahaja. Ingin tahu? Pastikan baca artikel di bawah sehingga habis tau!
Daulah Educonsult menawarkan peluang pekerjaan sebagai konsultan pendidikan dengan pendaftaran percuma sahaja. Daulah Educonsult adalah antara agensi swasta yang menjalankan perkhidmatan konsultasi dimana mereka membantu dan menguruskan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti diiktiraf di universiti luar negara.
Berikut adalah manfaat yang anda bakal nikmati jika anda menyertai Daulah Educonsult sebagai konsultan pendidikan .
Kelas latihan dijalankan secara online atau offline secara percuma
Untuk memegang title sebagai seorang konsultan pendidikan, seorang konsultan itu perlu menjalani latihan yang akan dikelolakan oleh konsultan yang lebih berpengalaman. Kelas akan dijalankan sama ada secara online atau offline. Jika kelas dijalankan secara online, latihan akan dijalankan secara zoom meeting atau platform lainnya yang seangkatan dengannya.
Jika offline pula, anda bakal menjalani latihan secara face-to-face. Kebiasannya latihan akan dijalankan di pejabat Daulah Educonsult yang bertempat di Ampang, Kuala Lumpur.
Komisen Yang Berpatutan
Daulah Educonsult menawarkan peluang pengajian ke universiti di pelbagai negara. Antaranya adalah seperti negara Rusia, Mesir, Indonesia, Poland, Bangladesh, dan sebagainya. Komisen bagi ke semua negara tersebut adalah berbeza. Hal ini kerana jumlah komisen akan dikira berdasarkan kepada bidang pengajian dan juga negara.
Masa Kerja Yang Fleksibel
Kerjaya sebagai seorang konsultan pendidikan adalah fleksibel. Ianya sangat sesuai untuk pelajar yang inginkan pendapatan tambahan. Bukan sahaja pelajar, individu lain yang berkelayakan juga digalakkan untuk melakukan permohonan bagi kerjaya ini.
Marketing Tools Diberikan Secara Percuma
Sekiranya anda menyertai Daulah Educonsult sebagai konsultan pendidikan, alatan pemasaran (marketing tools) akan diberikan dengan percuma sahaja. Kebiasaannya, kesemua marketing tools ini adalah secara softcopy seperti poster, brosur dan sebagainya. Ianya dapat membantu konsultan dalam membimbing pelajar dalam memilih universiti dan bidang pengajian yang sesuai.
Peluang Nikmati Pelbagai Ganjaran
Jika anda mampu mencapai KPI yang ditetapkan, konsultan akan diberikan ganjaran seperti apakej cabutan bertuah, pakej percutian dan sebagainya (T&C). Segala ganjaran yang bakal dinikmati ini adalah sangat berbaloi dengan kerja keras yang anda lakukan.
Jika anda berminat dan inginkan pertanyaan lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk melakukan permohonan, sila hubungi talian di bawah :
Cik zuraini: http://www.wasap.my/+60183845685/subkonsultan
Untuk lebih mengenali kami, layari mana-mana laman sesawang yang berikut:
Website: www.daulahmedic.com
Facebook: https://bit.ly/2VtLkQF
Twitter: https://bit.ly/3yyRI7r
Instagram: https://bit.ly/3AuQzOV
YouTube: https://bit.ly/youtubedaulah
Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut tonton video menerusi link di bawah