Bahasa Inggeris adalah bahasa yang kerap digunakan oleh masyarakat di serata dunia. Kebiasannya, ke mana mana seseorang itu pergi pasti akan mula percakapan dengan warga asing dengan bercakap bahasa Inggeris. Penggunaannya sangat meluas sehingga kan kebanyakan negara di seluruh dunia meletakkan bahasa ini sebagai bahasa kedua mereka selepas bahasa rasmi negara termasuklah di Malaysia. Oleh hal yang demikian, banyak kepentingan yang akan diperoleh dalam kalangan masyarakat apabila belajar dan fahami sendiri tentang bahasa Inggeris ini, antaranya :-

1. Memberi Peluang Pekerjaan Yang Baik

Dengan kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris ini anda mampu mendapatkan peluang pekerjaan di syarikat yang besar ataupon kecil. Ini kerana, kebanyakan syarikat pasaran memerlukan pekerja yang berkemahiran untuk berkomunikasi dalam menggunakan bahasa Inggeris.

Disebabkan kebanyakan syarikat – syarikat ini mempunyai penglibatan dengan pelanggan yang berasal dari luar negara amat lah penting bagi mereka untuk mempunyai pekerja – pekerja yang berkemahiran dalam bahasa Inggeris ini.

Pelbagai lagi pekerjaan yang memberi peluang yang tinggi kepada mereka yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris ini seperti contohnya, guru mata pelajaran Inggeris, Penterjemah dan lain – lain. Tidak kira apakah pilihan anda dalam memilih sesuatu kerjaya itu kemahiran bahasa Inggeris ini amatlah penting untuk mambantu anda mencapai kehidupan yang lebih baik.

BACA JUGA :   Pengajian Islam di Universiti Luar Negara dengan Daulah Educonsult

Banyak pekerjaan kini yang memerlukan ramai pekerja yang fasih ataupun mahir menulis dalam bahasa Inggeris, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan syarikat yang menjadikan bahasa ini sebagai bahasa utama dalam pengurusan. Maka, jelaslah ia juga menjadi sebuah ‘bonus value’ dalam alam pekerjaan.

2. Penggunaan Bahasa Inggeris di Internet.

Bahasa Inggeris juga adalah bahasa utama bagi Internet. Pelbagai isu – isu semasa tentang dunia yang akan disebarkan di Internet dengan menggunakan bahasa Inggeris jadi disebabkan itu pentingnya masyarakat mahir dalam penggunaan bahasa Inggeris ini untuk memahami segala isi – isu penting yang didedahkan di Internet.

Dengan kefahaman dalam bahasa Inggeris ini meraka juga dapat memahami lebih mendalam tentang maklumat penting yang disiarkan dimana – mana media massa seperti surat khabar, televisyen dan lain – lain lagi.

Jadi bahasa Inggeris ini amatlah penting kepada semua orang supaya masyarakat tidak ketinggalan sebarang maklumat yang penting mengenai negara sendiri dan negara – negara luar.

Bahasa Inggeris digunakan secara meluas bagi penyampaian mesej yang berkesan di platform maya.

3. Mendapat Ilmu Yang Lebih Meluas

Pelbagai ilmu yang wujud di dunia ini menggunakan bahasa Inggeris untuk menyampaikan ilmu tersebut seperti kebanyakan buku, maklumat di media sosial, penyelidikan dan sebagainya. Bagi mereka yang telah mahir dalam penggunaan bahasa Inggeris ini tidak akan ada masalah bagi mereka untuk membaca isi – isi yang tercatat pada bahan bacaan tersebut.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Ke Rusia Sesi Oktober & November 2020.

Jadi disini telah menerangkan lagi bahawa pentingnya masyarakat kini perlu untuk mereka menguasai serta mencapai kefahaman bahasa Inggeris ke tahap yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan bagi memudahkan mereka fahami ilmu – ilmu berkaitan dengan lebih mendalam.

Penggunaan bahasa inggeris di serata dunia dari pelbagai bentuk seperti di media massa dan media cetak, mudahkan semua lapisan masyarakat untuk berkomunikasi, baik dalam atau luar negara.

4. Peluang Tinggi Untuk Melanjutkan Pengajian

Semakin tinggi peringkat pengajian, semakin banyak penggunaan Bahasa Inggeris akan digunakan dalam sesi penyampaian ilmu.

Mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris dapat memberi peluang kepada semua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di Universiti yang menggunakan bahasa Inggeris atau Universiti luar Negara yang mempunyai pelbagai pelajar dari negara yang berlainan.

Walau Rusia terdapat bahasanya sendiri, tetap ada penggunaan bahasa inggeris dalam sesi penyampaian ilmu

Ini adalah perkara yang sangat bagus untuk mengurangkan kerisauan pelajar untuk mereka berpindah ke luar negara demi melanjutkan pengajian di sana kerana telah mahir dalam menggunakan bahasa Inggeris yang dapat memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sana.
.
Jika anda berminat untuk sambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi lagi, serta mahu fahami lebih banyak lagi penggunaan bahasa Inggeris di luar negara. Anda boleh dapatkan sesi konsultan secara PERCUMA di Daulah Educonsult, terutamanya di negara Rusia.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :-

Pejabat: 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here