Rusia sebagai negara terbesar dunia merupakan negara yang kaya dengan bangunan-bangunan bersejarah dan tarikan khas untukpengunjung dari seluruh dunia.

Jika anda mempunyai “plan” untuk sambung belajar di Rusia atau sebagai  bakal pelajar universiti, semestinya anda telah buat carian mengenai tempat menarik yang boleh dilawati apabila waktu lapang nanti. Betul tak?

Disini admin akan kongsikan beberapa muzium bersejarah yang boleh dilawati di Rusia. Selain tempat menarik untuk “ootd”, anda boleh peroleh ilmu baru mengenai sejarah di tempat baru.

MUZIUM SEJARAH NEGERI
Muzium sejarah Rusia yang terjalin antara Red Square dan Dataran Manage di Moscow. Pamerannya terdiri dari peninggalan suku prasejarah yang tinggal di wilayah Rusia masa kini melalui karya seni yang tidak ternilai yang diperoleh oleh anggota Dinasti Romanov.

BACA JUGA :   Persediaan sebelum masuk ke universiti [KHAS KEPADA PELAJAR]!!
Muzium ini dibina pada tahun 1875, dan dibuka pada tahun 1883.

Menariknya, muzium ini dihias dengan elemen dari seni bina tradisional Rusia kuno seperti ikat pinggang, tali pinggang terbang, kokoshniks, dan khemah. Sentuhan unik yang diterampil pada bangunan muzium ini juga, menjadi antara sebab tarikan bagi ramai pengunjung termasuklah pelancong dari luar negara.

MUZIUM HERMITAGE

Muzium ini dianggap sebagai muzium seni ke-2 terbesar di dunia. Terletak di St. Petersburg ia ditubuhkan pada 7 Disember 1852. Mempunyai pelbagai koleksi unik dan antik termasuk seni hiasan bersejarah Renaissance Itali, seni halus Itali dan Sepanyol, dewan Ksatria dan Flemish Baroque.

Muzium ini terletak di pusat kota Saint Petersbug serta tedapat lima bangunan untuk muzium ini sahaja

Walau bagaimanapun, negara Rusia juga mempunyai pelbagai jenis muzium dan seni bina yang unik. Anda boleh lawati dan luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan.
.
Kepada anda di luar sana yang mempunyai impian untuk sambung belajar luar negara, admin cadangkan anda ke Rusia. Sebuah negara yang penuh sejarah dan keunikan tersendiri. Antara bidang yang ditawarkan untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda adalah Perubatan, Perniagaan Antarabangsa, Kejuruteraan Pesawat dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Jom Bercuti ke Negara Bangladesh

.
Bagi pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-level/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Stpm/A-level @ setaraf, anda boleh hubungi konsultan pendidikan Daulah Educonsult. Mereka adalah agensi pendidikan yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam membantu dan menguruskan pelajar untuk sambung pengajian di luar negara.

Sesi konsultasi adalah percuma, boleh dihubungi pihak Daulah Educonsult menerusi

Nombor pejabat: 03-92851322

Nombor khidmat pelanggan: 0189624322  https://bit.ly/konsultandaulah-tf

Nombor konsultan utama: 013-2090322

Nombor konsultan: 01114307825 (Cik Farhana) https://bit.ly/konsultanfarhana

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here