Untuk pengetahuan anda, Surabaya adalah kota kedua yang terbesar di Indonesia. Pastinya banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi ketika belajar di Indonesia akan datang. Jadi, hari ini admin akan berkongsi dengan anda 4 lokasi menarik di Surabaya yang boleh anda lawati antaranya :

  1. Museum House of Sempoerna

Sebelum dijadikan muzium, ia merupakan sebuah pusat pendidikan yang digunakan oleh Belanda pada 1932

Muzium yang terletak di tengah Surabaya ini dibina pada tahun 1862 dan direka dalam gaya kolonial Belanda. Sebelum dijadikan muzium, bangunan ini pada awalnya adalah pusat pendidikan yang digunakan oleh Belanda tetapi pada tahun 1932, ia telah menjadi hak milik Liem Seng Tee dan digunakan sebagai kilang rokok Sampoerna.

Jika anda melawat ke muzium ini, anda akan terhidu bau tembakau. Akan tetapi dengan adanya kolam ikan dan bunyi pancuran air, ianya mewujudkan suasana yang sangat tenang. Koleksi-koleksi antik seperti percetakan kotak rokok dan peralatan yang digunakan di dalam makmal dijadikan sebagai pameran di muzium ini.

BACA JUGA :   Rusia Tawar Pengajian Bidang Perubatan di Universiti Terbaik

2. Kya Kya Kembang Jepun

Plaza ini menjadi tumpuan para pelancong untuk membeli-belah sebelum pulang berangkat ke tanah air.

Antara tarikan yang seterusnya di Surabaya adalah Jambatan Merah Plaza dan Jambatan Merah, Kya Kya Kembang Jepun kerana banyak pasar malam yang terkenal di Surabaya. Jika anda ingin membawa sedikit cenderahati dari Indonesia ketika mahu pulang ke tanah air, anda perlu kunjungi ke pasar malam ini. Bukan sahaja anda dapat membeli belah, malah anda juga boleh melihat banyak bangunan klasik di situ.

3. Rumah Batik

Jika anda seorang yang amat meminati batik, anda disarankan untuk mengunjungi ke Rumah Batik untuk melihat proses batik yang dihasilkan. Batik- batik di sini coraknya diukir menggunakan teknik tulis ataupun teknik cap. Apa yang anda boleh lihat daripada pameran batik di sini, ia menggabungkan motif dari pelbagai negeri iaitu Surabaya, Sumanep, Jombang, Tuban, Sidoarjo, Bojonegoro dan lain-lain.

Banyak penghargaan yang diterima oleh Rumah Batik

4) Kolam Renang Wisata Bukit Mas

Kolam renang dengan konsep Itali

Jika anda sudah puas mengelilingi Surabaya, anda boleh merehatkan badan anda dengan bermandi-manda bersama rakan di Kolam Renang Wisata Bukit Mas. Ianya bertemakan koloseum Itali. Di kolam renang ini, dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut usia pelawat. Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan taman permainan kanak-kanak dan ruang santai yang berpayung. Jika anda tidak mahu bermandi-manda, anda boleh bersantai meluangkan waktu di ruang yang disediakan.

BACA JUGA :   Cara Mudah Untuk Sambung Belajar di Luar Negara.

Selain daripada lokasi berikut, di Surabaya terdapat pelbagai lagi tarikan untuk anda terokai. Namun tahukah anda, Surabaya juga ada menyediakan peluang pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Airlangga. Antara bidang yang ditawarkan adalah perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar. Jika anda berminat, anda boleh merujuk kepada konsultan Daulah Educonsult dan dapatkan sesi konsultasi secara percuma.

Jika anda berminat sila hubungi talian di bawah:

Pejabat  03-9285132

Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N

Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)

Konsultan Daulah: 017-3495820 (Cik Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here