Adakah anda pelajar lepasan SPM dan sedang mencari peluang pengajian di peringkat Ijazah? Masih keliru bidang apa yang sesuai dengan keputusan peperiksaan? Admin cadangkan anda jalani sesi konsultasi bersama konsultan terlatih di Daulah Educonsult. Anda bakal menerima info dan maklumat yang jelas mengenai universiti dan bidang pengajian yang sesuai dengan anda.

Di Daulah Educonsult, mereka menawarkan peluang pengajian di universiti diiktiraf di luar negara. Mesti anda tertanya-tanya mengapa di luar negara? Apa kurangnya universiti di dalam negara? Umum mengetahui, kualiti pengajian di universiti yang ditawarkan di dalam negara sama ada IPTA atau IPTS adalah setaraf dengan universiti di negara maju yang lain.

Namun, peluang untuk menuntut di universiti di dalam negara terutama IPTA adalah anda perlu melalui persaingan yang sangat sengit. Jika anda menjalani pengajian di universiti di luar negara di bawah kelolaan Daulah Educonsult, mereka bakal menguruskan segala pendaftaran, pendokumentasian dan sebagainya untuk anda.

BACA JUGA :   Volgograd State Medical University Tawar Bidang Perubatan

Terdapat lebih dari lima buah negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Antaranya adalah seperti universiti di negara Indonesia, Rusia, Bangladesh, Mesir, Poland, Turki dan sebagainya. Kesemua universti yang ditawarkan ini telah mendapat pengiktirafan penuh dari MQA, JPA, MMC, MDC, MVC Pengiktirafan ini sangat penting kerana ianya akan menentukan sama ada sijil yang anda perolehi itu boleh digunapakai untuk bekerja atau pun tidak.

Terdapat dua jenis bidang utama dan sering menjadi pilihan para pelajar iaitu bidang Sains dan juga bidang Pengajian Islam. Bidang Sains terdiri daripada Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Veterinar manakala bidang Pengajian Islam pula adalah seperti Usulludin, Syariah Islamiah, Dakwah dan sebagainya.

Suasana keberangkatan pelajar di bawah kelolaan Daulah Educonsult ke Universitas Sumatera Utara Medan bagi bidang pengajian Pergigian dan Perubatan

Berikut adalah senarai negara dan universiti yang ditawarkan :

BACA JUGA :   Poland Pusat Pelancongan

Rusia

  • Kursk State Medical University
  • Volgograd State Medical University
  • M Sechenov First Moscow State Medical University
  • Privolzsky Research Medical University

Indonesia

  • Universitas Sumatera Utara
  • Universitas Airlangga
  • Universitas Hasanuddin
  • Institut Pertanian Bogor

Poland

  • Medical University of Lodz
  • Medical University of Warsaw

Bangladesh

  • Mymensingh Medical College
  • Dhaka Medical College
  • A.G Osmani College
  • Chittagong Medical College

Kemasukan seterusnya adalah pada bulan September 2022. Namun, hampir kesemua kuota yang ditawarkan di universiti di atas sudah hampir penuh! Jangan lepaskan peluang ini. Selain dapat mengumpul pengalaman di negara orang, terdapat banyak kelebihan sebenarnya melanjutkan pengajian di luar negara dan sudah tentunya mengajar anda untuk hidup lebih berdikari.

Website : http://daulahmedic.com/ 
Facebook : Daulah Educonsult 
Youtube : Daulah Educonsult 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : https://bit.ly/konsultanAfiqah
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here