Pasti ramai kan dah tahu tentang pakar perubatan ni, sebut sahaja namanya, baik orang dalam atau luar negara sudah pasti tahu siapa beliau ini, terutamanya ‘person’ dari bidang perubatan. Hari ini, admin akan berkongsi sedikit maklumat tentang beliau, jom cakna sama-sama !
Latar Belakang Ibnu Sina
Siapa Ibnu Sina ni? Ibnu Sina ataupun nama sebenarnya al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina, di lahirkan pada 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Bukhara, Turkistan. Beliau juga dikenali sebagai Avicenna dan bapa perubatan di barat. Beliau mula berpindah ke Khawarizimi, Jurjan, Raya dan Hamadan setelah bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah.
Ibnu Sina ini merupakan seorang tokoh yang sangat terkenal dalam bidang perubatan. Beliau dapat menguasai banyak bidang ilmu sperti perubatan, falsafah dan sastera. Namun, beliau lebih meminati untuk menguasai bidang perubatan.
Pencapaian
Terlalu banyak pencapaian dan penemuan Ibnu Sina dalam perubatan. Sewaktu beliau berumur 18 tahun beliau sudah digelar seorang doktor. Beliau menemukan lebih kurang 760 jenis penyakit, punca penyakit dan cara merawatnya. Beberapa penyakit yang dapat dikesan oleh beliau seperti jangkitan virus tibi, rubella dan cacar. Beliau telah memperkembangkan lagi ilmu diagnosis melalu degupan jantung dan ilmu psikologi dalam perubatan. Beliau juga telah banyak mencipta alatan dan ubatan seperti picagari, benang menjahit luka, ubat bius d an ubat untuk penyakit kronik yang sehingga kini masih menggunakannya.
Sumbangan (bidang Perubatan)
- Ibnu Sina menghasilkan sebuah karya yang diberi nama Qanun Fi al-Tibb (Peraturan Perubatan). Buku ini menerangkan tentang jenis – jenis penyakit dan ubat yang ditemukan oleh beliau.. Selain itu, buku ini bukan sahaja diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris tetapi buku ni juga diterjemahkan dalam Bahasa Latin, Itali dan Sepanyol.
- Selain Qanun Fi al-Tibb beliau telah menghasilkan 116 karya dalam bidang perubatan dan 276 karya dalam bidang lain seperti falsafah, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains pollitik.
- Beliau telah menjelaskan emosi amat penting dalam memulihkan seseorang yang mempunyai gangguan psikologi. Banyak karya yang dihasilkannya melibatkan gangguan psikologi.Kesimpulannya, kewujudan perubatan moden pada waktu ini takkan tercapai tanpa kebijaksanaan dan ketekunan Ibnu Sina pada ketika dahulu. Beliau banyak memberi sumbangan pada dunia perubatan dan hasil dari usaha beliau terlahirnya Doktor pakar yang hebat-hebat pada zaman ini.
Jadi jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, anda boleh hubungi konsultan dari Daulah Educonsult. Mereka akan membantu dan menguruskan pelajar yang ingin lanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :-
Pejabat: 03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/konsultanhash
Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/konsultan-hash (Cik Hashirin)