Pasti ada diantara anda semua tidak tahu yang di Indonesia ada tempat yang nyaman dan sejuk kan? tahukah anda, tempat yang sejuk dan nyaman ini boleh merehatkan minda dan badan kita tau dengan suasana dan cuaca yang dingin.
Jom admin kongsikan kepada korang semua tempat-tempat sejuk di indonesia yang boleh korang kunjungi dengan family atau pasangan.
- Kampung Sampireun, Garut, Jawa Barat
kampung Sampireun ini telah dikelilingi oleh hutan dan gunung-ganang yang sangat sejuk dengan kehijauan alam sekitar. Lokasi kampung ini juga terletak tidak jauh dari Jakarta dan berada di kampung Kabupaten Garut. Kawasan ini sangat sesuai untuk pasangan-pasangan yang romantik kerana dengan suasana yang nyaman dan sejuk di pergunungan yang cantik. selain itu, anda boleh kunjungi bersama keluarga tercinta dan pelbagai aktiviti dapat anda laksanakan di sana nanti. Air terjun juga ada dikawasan ini, antara air terjun yang boleh anda lawati adalah air terjun Curug jagapati, Curug Cibadak dan Leuwi Jurig.
2. Taman Nasional Lorentz, Papua
Taman Nasional Lorentz ini merupakan kawasan yang mempunyai glasier dan salji di kawasan beriklim tropika jika anda kunjungi ke Taman Nasional Lorentz ini anda bagaikan berada di tempat yang unik dan sejuk. Taman nasional ini pernah dianugerahkan sebagai tempat warisan Dunia UNESCO iaitu pada tahun 1999. kawasan ini merupakan taman negara indonesia yang terbesar iaitu seluas 2.4 juta hektar. Selain itu, di taman negara ini terdapat binatang seperti kangaru dan lain-lain yang sedang berkeliaran dengan bebas. Lebih menarik di taman negara ini juga terdapat spesies kangaru dan wallabies yang berkeliaran bebas.
3. Pura Ulun Danu Bratan, Bedugul, Bali
Pura Ulun Danu Bratan ini adalah tempat yang sejuk di bali yang boleh anda kunjungi. Selain itu, tempat ini terdapat di dalam wang kertas yang bernilai IDR50.000. Suasana di sini sangat nyaman serta sejuk dengan keindahan alam semester dan yang paling penting anda boleh menikmati keindahan dengan menaiki perahu mengelilingi tasik. Selain itu, siapa pengemar-pengemar strawberry korang boleh datang ke sini sebab di lokasi terdapat bali strawberry farm dan beberapa Restaurant untuk anda singgah hilangkan dahaga dan lapar sambil menikmati menu berasaskan strawberry, Buah strawberry pula boleh dipetik sendiri macam dekat cameron highland tu.
4. Malino Highlands, Sulawesi Selatan
Malino Highland adalah tempat yang patut anda kunjungi kerana disini mempunyai permandangan yang indah dan cantik, selain itu sesuai juga untuk anda ber OOTD. perjalanan untuk ke sini sangat dekat dan singkat. selepas anda sampai ke sini anda akan dihifangkan dengan permandangan yang cantik dan landskap yang indah. Malino Highland ini terletak pada ketinggian 1,050m dari paras laut, Malino Highlands ini sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga tercinta dan pasangan anda. Disamping itu, Antara aktiviti yang menarik yang boleh anda main di sini adalah paraglyding, menunggang kuda, trampolin,cross country running, festival layang-layang dan lain-lain.
5. Karanganyar, Solo, Jawa Tengah
Karanganyar solo, jawa tengah terdapat gerbangnya yang mirip dengan Candi Pura Lempuyang di Bali yang telah menjadikan salah satu lokasi tersebut perlu para pelancong bersama keluarga atau solo untuk di kunjungi bersama. selain itu, di Pura Lempuyang, anda boleh ke Kampung Halloween dan bergambar dengan hantu-hantu di sini. Ha! mesti terkejutkan sebab “bergambar dengan hantu-hantu”, jangan Risau, semua gambaran hantu ini diperbuat dari patung la. disamping itu, selain dari 2 lokasi di atas anda juga boleh singgah di Air Terjun Grojogan Sewu tau pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik boleh anda cuba antaranya sepeti flyfox dan lain-lain. selain itu, mereka juga mempunya kolam renang dari gunung dengan air yang sangat sejuk untuk anda bersantai dan rehatkan minda.
Wah! menarik betul la tempat-tempat yang sejuk dengan indonesia ni! dengan permandangan yang indah dan suasana yang nyaman untuk bercuti bersama pasangan dan ahli keluarga. selain itu, banyak pula aktivit-aktiviti yang boleh kita main.