Menyendawakan bayi adalah salah satu daripada rutin wajib yang perlu ibu lakukan dalam penjagaan bayi, terutamanya bagi bayi yang berumur dibawah satu tahun. Jadi ibu-ibu haruslah tahu cara untuk sendawakan anak anda.

Calya ingin berkongsi posisi yang baik dan selamat ketika meyendawakan si manja.

Jadi posisi yang pertama adalah mendukung bayi dengan tangan dan sandarkan pada bahu. Kemudian, tepuk belakang bayi secara perlahan-lahan sehingga bayi itu bersendawa.

Posisi yang kedua adalah dengan cara meniarap iaitu meletakkan bayi atas paha dengan badannya meniarap. Pegang dada dengan sebelah tangan kemudian tepuk dan urut belakang bayi dengan perlahan-lahan.

Posisi yang terakhir adalah dengan mendudukkan bayi atas paha, dudukkan bayi atas paha atau di pangkuan dengan menyokong bahagian bawah tulang rahang bayi dengan sebelah tangan. Tepuk atau urut belakang bayi dengan perlahan-lahan sehingga bayi sendawa.

BACA JUGA :   NORMAL ATAU TIDAK JIKA BABY ANDA KERAP BERSIN?

Jadi, penting untuk kita pastikan anak-anak disendawakan dengan cara yang betul supaya dapat membantu mengeluarkan angin daripada perut mereka.

Sekiranya, anda berminat untuk menjalani rawatan-rawatan daripada Calya, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah,

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa  : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik :

FacebooK:https://m.facebook.com/calyaconfinement/?tsid=0.5607320087632885&source=result
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here