Jenis-Jenis Kucing Peliharaan di Malaysia

0
981

Pasti anda dikalangan pecinta Kucing kan? tahukah anda? Kucing antara haiwan kesayangan ramai manusia tau dengan kecomelan dan kelincahan mereka dapat menghiburkan hati kita. Kucing juga boleh menjadi peneman setia untuk kita dan ada yang menganggap kucing sebahagian dari keluarga.

Comel kan mereka dengan telatah yang mengelikan hati manusia. Tapi tahukah anda? di Malaysia ini terdapat beberapa jenis kucing yang comel dan berbeza dari segi penjagaan tau, Jom Admin kongsikan kepada anda:

  1. KUCING PARSI

Kucing parsi adalah kucing yang paling digemari semua orang kerana bulunya yang sangat lebat dan kembang. kebiasaanya kucing Baka Parsi ini dibeli orang yang mempunyai modal yang tinggi kerana harga kucing berbaka parsi ini adalah sangat mahal dan tinggi. Namun, penjagaan kucing parsi ini juga perlu diperhatikan sejak kucing berusia masih kecil kerana Kucing parsi ini tidak sama penjagaan dengan kucing lain seperti bersihkan tahi mata, menyikat bulu, pemvaksinan dan lain-lain.

2. KUCING DOMESTIK

kucing domestik ini sangat terkenal dengan kucing peliharaan yang terkenal di Malaysia. selain itu, kucing Domestik ini mempunyai pelbagai jenis seperti ada yang berbulu dan ada yang tidak mempunyai ekor dan ada juga kucing domestik berlainan warna. kucing domestik ini juga mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik, jika dari segi penjagaan kucing domestik ini sangat mudah seperti perlu di mandikan 2 minggu sekali mengunakan air suam, pastikan si bulus kering selepas mandi, bulu kucing perlu disikat setiap hari untuk buang bulu-bulu mati dan lain-lain. 

3. KUCING SPHYNX

mesti anda tertanya-tanya kan ada ke kucing yang tidak ada bulu? ya ada! kucing itu adalah kucing sphynx yang berasal dari negara kanada yang sangat istimewa, tetapi kucing ini mempunyai kemesraan dan penyayang tau!. untuk pengetahuan anda, kucing ini ia sangat sensatif dengan cahaya matahari kerana tidak mempunyai bulu yang lebat dan disebabkan itu kulit kucing sphynx ini sangat sensitif. Oleh itu, Kebanyakkan kucing ini diletakkan di dalam rumah untuk mengelakkan dari cahaya matahari yang terlalu panas.

BACA JUGA :   Belajar Sambil 'Makan Angin' Ke Indonesia Bersama Daulah Educonsult

4. KUCING BENGAL

kucing benggal ini merupakan kucing yang tidak takut kepada air malah seekor kucing yang mahir dalam berenang, kucing ini juga sangat aktif, liar dan mempunyai kelebihan yang menarik seperti memanjat di tempat yang sukar. sebagai penjaga kucing anda perlu menyediakan permainan yang banyak untuk mereka bermain, selain itu kucing ini sangat mudah untuk dilatih dan pastikan anda melatih sejak dari mereka kecil lagi.

DAULAH EDUCONSULT TAWARKAN BIDANG VETERINAR!

5. KUCING BRITISH SHORT HAIR

Kucing British Short Hair ini disebut sebagai BSH, kucing ini bukan sahaja mempunyai warna kelabu yang sama malah kucing ini mempunyai 30 warna. selain itu, kucing baka BSH ini seekor kucing yang sangat sihat dan dapat hidup dalam 20 tahun jika dijaga dengan tertib dan sempurna. Dari segi pemakanan kucing ini tiada beza berbanding kucing lain cuma kucing ini memerlukan penyokong sistem badan supaya dapat mengelakkan dari penyakit dan sentiasa sihat. keperluan nutrisi bagi kucing ini adalah seperti Protien (Ayam, daging dan ikan), serat (sayur-sayuran), lemak dan air.

Oleh itu, pencinta kucing perlu menjaga dengan tertib dan sempurna supaya mereka sentiasa sihat dan terhindar dari penyakit-penyakit yang bahaya. Kucing-kucing ini sangat memerlukan penjagaan yang terbaik, disayangi, dicintai dan lain-lain.

BACA JUGA :   Rebut Peluang Belajar Bidang Veterinar di Indonesia

Daulah Educonsult adalah sebuah agensi yang .membantu anda untuk menyambung pengajian dan mencapai impian anda. Misi utama Daulah Educonsult adalah untuk merealisasikan impian setiap pelajar yang ingin berjaya dalam bidang akademik. Pelbagai bidang ditawarkan di Daulah Educonsult termasuk pelbagai negara antaranya ialah Poland, Mesir, Bangladesh, Rusia, Indonesia.

Untuk matlumat lebih lanjut anda boleh, hubungi nombor konsultan yang tertera dibawah:
Pejabat: 03-92851322
Customer Service: bit.ly/konsultandaulah-e
Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/3xChOF3 018-3845685 (cik zuraini)
.
Alamat pejabat : No1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima , Kuala Lumpur.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here