Kenali 4 Jenis Baka Kucing Yang Unik

0
771

Setiap haiwan di dunia ini dicipta dengan keunikkan dan spesis nya yang tersendiri. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya masih banyak lagi baka atau jenis haiwan yang belum lagi diterokai. Mereka mungkin kelihatan ganjil di mata manusia, akan tetapi baka yang jarang dijumpai ini mempunyai kecantikkan nya yang luar biasa

Artikel kali ini admin ingin berkongsi kan dengan anda si pencinta haiwan terutamanya peminat-peminat kucing berkenaan 4 baka kucing yang sangat unik.

  1. Cornish Rex

    Cornish Rex adalah sejenis kucing yang unik di mana bulu nya adalah keriting dan mempunyai bentuk tubuh yang agak langsing berbanding kucing-kucing yang lain.  Hidungnya yang kelihatan tajam itu juga menjadi salah satu tarikan kepada baka ini selain daripada bulunya yang terasa seperti kain baldu yang lembut. Bukan itu sahaja, spesis yang kelihatan menarik ini mempunyai kos pemeliharaan yang rendah maka untuk anda yang bercita-cita untuk membela kucing, baka Cornish Rex ini adalah kucing yang ideal untuk dijadikan haiwan peliharaan anda di rumah.

 

2. Donskoy 

Donskoy adalah baka kucing yang tidak mempunyai bulu dan berasal daripada negara Eropah yang terkenal iaitu Rusia. Baka Donskoy ini ditemukan pada tahun 1987 di sebuah bandaraya di Rusia iaitu Rostov na Donu. Kucing ini memiliki saiz yang sederhana dan berotot. Tarikan nya yang lain juga adalah ia mempunyai mata berbentuk badam yang cantik, telinga yang besar dan jari kaki nya yang kelihatan agak panjang. Kucing Donskoy ini perlu dijaga dengan rapi walaupun ia tidak mempunyai bulu yang lebat seperti kucing-kucing yang lain. Donskoy hanya dimandikan sebulan sekali sahaja kerana mandi yang berlebihan akan menyebabkan kulitnya menjadi lebih berminyak.

BACA JUGA :   Peluang Kemasukkan Ke Maahad Buuth Menerusi Madrasah Daulah.

3. Kucing Elf 

Kucing unik yang seterusnya adalah baka kucing Elf. Ia diberi gelaran Elf kerana telinganya yang besar seperti makhluk elf, melengkung ke belakang dan berkerut seperti baka Donskoy. Selain itu, populasi utamanya lebih tertumpu di Amerika Utara. Untuk pengetahuan anda, baka ini masih belum dikenali kerana ianya spesis yang baharu saja dijumpai. Baka kucing ini hanya bersaiz sederhana manakala untuk kucing elf dewasa yang tidak mempunyai sebarang penyakit beratnya jarang melebihi 7kg. Meskipun ia mempunyai bentuk fizikal yang kelihatan agak pelik, namun kucing spesis ini merupakan kucing yang suka bersosial bersama manusia dan sangat cekap

4. Pixie Bob

Baka Pixie Bob adalah spesis yang popular di kalangan pencinta baka kucing yang eksotik kerana rupanya yang tidak lari jauh seperti kucing hutan. Meskipun kelihatan seperti kucing yang liar spesis nya namun pixie bob adalah haiwan yang sangat mesra dikalangan manusia.  Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, keturunan Pixie Bob boleh menjadi seekor kucing yang besar namun rata-rata beratnya hanya sekitar 5kg. Bukan itu sahaja, baka kucing ini juga memiliki jari kaki tambahan dan mempunyai ekor yang sangat pendek. Walau bagaimanapun, oleh kerana mutasi generasi yang rawak maka tidak setiap kucing dari keturunan ini mempunyai jari yang banyak dan ekor yang pendek seperti keturunan mereka yang dahulu kala.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Di Maahad Buuth Menerusi Program Madrasah Daulah.

 

Menarik bukan menerokai dunia haiwan? Kita dapat mempelajari pelbagai benda baharu seperti habitat mereka, baka-baka yang eksotik dan sebagainya. Jika anda si pencinta haiwan dan ingin memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengenai dunia mereka, anda berpeluang untuk melanjutkan pengajian anda ke menara gading di luar negara dalam bidang veterinar. Untuk pengetahuan anda, Daulah Educonsult ada menawarkan institut-institut yang terbaik untuk anda yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar haiwan. Berikut adalah senarai universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult

 

Antara universiti yang ditawarkan adalah:

  • Institut Pertanian Bogor
  • Universiti Airlangga, Surabaya
  • Bangladesh Agricultural University

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh hubungi talian yang tertera untuk dapatkan sesi konsultasi bersama Konsultan Daulah Educonsult tanpa dikenakan sebarang pembayaran.

Pejabat :03-92851322

Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N

Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)

Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here