Semasa berpantang, tubuh kita sebenarnya dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dari kehamilan ke kelahiran. Jadi untuk mengekalkan suhu badan yang normal, ibu-ibu perlu mengelakkan kaki daripada terkena lantai yang sejuk.

Jadi disini Calya ingin kongsikan beberapa kepentingan memakai stokin untuk ibu  berpantang.

Yang pertama adalah dapat mengelakkan daripada masuk angin kerana ibu berpantang harus mengekalkan haba dalam badan.

Selain itu, dengan memakai stokin ibu berpantang dapat menyimpan haba dan mengekalkan suhu badan. Ini kerana dengan menyentuh tapak kaki secara langsung ke lantai yang sejuk ia boleh mengubah suhu badan ibu secara drastik dan badan akan menjadi lebih sejuk. Jadi dengan memakai stokin ia dapat mengelakkan penyembuhan dalaman selepas ibu bersalin tidak terganggu.

BACA JUGA :   Jom ketahui manfaat mandian herba.

Seterusnya, adalah dapat mengelakkan pembekuan darah di betis.Selepas bersalin,perubahan sel darah pada saluran darah ibu akan berlaku dan kebiasaanya darah beku pada salur darah di betis kerana ibu selepas bersalin tidak aktif bergerak dan menyebabkan pengaliran darah tidak begitu lancar. Jadi pemakaian stokin membantu mengecutkan otot bahagian betis dan memudahkan pengaliran darah.

Kemudian,pemakaian stokin dapat mengelakkan ibu berpantang dari risiko kecederaan kaki. Ini kerana, ibu berpantang perlu banyak bergerak bersama bayi jadi penting untuk ibu-ibu memakai stokin untuk mengelakkan daripada tersilap langkah berjalan dan terjatuh.

Jadi, pemakaian stokin adalah sangat penting untuk ibu berpantang.Semoga bermanfaat info yang Calya kongsikan ini. Jika ibu-ibu berminat dengan pakej berpantang Calya dan rawatan berurut boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

BACA JUGA :   Simpton Bahaya Ibu Berpantang

No Khidmat Pelanggan : 018-2080827

No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067 

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik :

FacebooK:https://m.facebook.com/calyaconfinement/?tsid=0.5607320087632885&source=result
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here