Bila anak menyusu baru ibu perasan yang lidah anak ada tompok-tompok putih. Dalam istilah perubatan ianya dipanggil kulat susu atau candidiasis (oral thrush)

Tompok-tompok putih itu kesan daripada penyusuan sama ada susu ibu atau susu formula. Jika ianya tidak dibersihkan maka akan memberikan ketidakselesaan pada bayi.

  1. PASTIKAN IANYA LAPISAN SUSU ATAU JANGKITAN KULAT

Perkara utama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah perhatikan tompokan putih pada lidah bayi dengan teliti. Sekiranya mudah dibersihkan dengan kain lembap dan bersih, maka ianya hanyalah lapisan susu.

Namun jika sebaliknya, apabila sudah dibersihkan masih terdapat tompokan putih yang tebal kebarangkalian ianya adalah jangkitan kulat pada lidah bayi. Kadangkala bayi lebih sering menunjukkan tanda kesukaran menyusu dan ketidakselesaan. Dalam kes ini admin nasihatkan untuk bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Tompokan putih pada lidah bayi
  1. CUBA BERSIHKAN LIDAH BAYI

Ibu bapa boleh membantu bagi menghilangkan dengan menggunakan kain bersih dan lembap yang dililitkan pada jari. Pastikan disapu pada selaput putih di mulut bayi.

Lakukan dengan perlahan -lahan dan tidak menyakiti bayi. Lakukan rutin ini setiap hari untuk mengekalkan kebersihan mulut bayi.

  1. UTAMAKAN KEBERSIHAN SEBELUM DAN SELEPAS PENYUSUAN

Selain daripada penjagaan kebersihan mulut bayi, pastikan juga kebersihan dibahagian puting payudara atau puting silikon yang digunakan setiap kali menyusu.

Dari segi penyusuan terus dari ibu, pastikan puting payudara dicuci dengan air kosong terlebih dahulu. Setelah selesai menyusu, pastikan juga ianya dibersihakan seperti mana sebelum penyusuan serta puting payudara berada dalam keadaan sentiasa kering kerana keadaan yang lembap sebenarnya menyebabkan jangkitan kulat.

Jika bayi berusia 6 bulan ke atas, dibolehkan untuk memberi bayi sedikit air kosong selepas menyusu untuk membilas mulut.

Gambar Hiasan
  1. KEBERSIHAN PERSEKITARAN

Selain alatan penyusuan ibu, alatan permainan bayi juga perlu dibersihkan menggunakan air panas sekerap mungkin. Hal ini kerana, bayi cenderung untuk mengigit dan memasukkan kesemua alatan permainan ke dalam mulut.

Bayi sering memasukkan alatan permainan ke dalam mulut
  1. MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT

Sekiranya terdapat selaput putih pada lidah bayi, segera mencuci dengan menggunakan kain bersih dan lembap supaya tompokan tidak berkumpul. Ini kerana, keadaan lidah yang bertompok putih boleh mengakibatkan kegatalan.

Biarpun kulat susu ini tidak merbahaya , tetapi boleh menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan enggan menyusu. Bayi juga boleh demam akibat dehidrasi. Maka dapatkan pemeriksaan awal jika gejala berlanjutan.

Jika anda berminat mengenai pakej berpantang Calya boleh hubungi nombor yang tertera di bawah :

No. Khidmat Pelanggan : 018-2080827

No. Konsultan Syadira: 011-64049576

Boleh layari laman sesawang kami untuk mengentahui lebih banyak info-info serta tips-tips menarik :

Facebook : https://m.facebook.com/calyaconfinement/?tsid=0.87259791395723&source=result

Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/

Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial

Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here