Makanan Indonesia memang mempunyai keistimewaan yng tersendiri. Ia bukan sahaja lazat untuk dimakan, tetapi ia dibuat dengan cara yang jauh berbeza. Selain itu, penggunaan bahan -bahan dan rempah ratus sangat lengkap.

Ia juga kebanyakannya mengikut citarasa Malaysia. Jadi,tidak hairanlah ramai yang meminati makanan Indonesia dan juga memudahkan pelancong dari Malaysia dalam mencari makanan yang sesuai dengan selera mereka.

1. Ayam Penyet

Ayam penyet, menu yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia merupakan hidangan ayam goreng rangup yang dihidangkan bersama sambal penyet, hirisan timun, tauhu gooreng dan tempe. Sambal penyet ini yang menyelerakan dan merupakan bahagian penting dalam masakan ayam penyet. Nasi ayam penyet ini sangat popular di Indonesia dan boleh didapati di seluruh Indonesia. Jika anda tertanya – tanya mengapa ayam dipanggil ‘penyet’, ini kerana ayam goreng ditumbuk sebelum dihidangkan, menjadikannya lebih lembut dan mudah untuk di makan.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Bantu Realisasikan Impian Pelajar.

2. Bakso

Bakso adalah salah satu makanan terbaik di Indonesia. Ia adalah bebola daging yang diperbuat daripada ayam atau daging lembu, atau gabungan kedua – duanya. Perkataan bakso boleh merujuk kepada bola dalam mangkuk atau keseluruhan hidangan yang terdiri daripada bebola daging, sup, mi dan sayur – sayuran. Bakso paling sedap dihidangkan panas – panas dan kepedasannya ketagih.

3. Gado – Gado

Gado – gado adalah seperti salad khas Indonesia. Ia terdiri daripada kubis rebus, lobak merah, kangkung danĀ  bayam. Hidangan ini adalah hidangan yang sihat dan sesuai untuk vegetarian kerana ia bebas daging tetapi lazat. Hidangan ini dihidangkan bersama kuah kacang yang pedas dan manis.

4. Gudeg

Gudeg berasal dari Yogyakarta dan juga boleh didapati di setiap kota di Indonesia. Ia merupakan makanan tradisional yang mempunyai rasa manis. Hidangan gudeg ini sangat terkenal dan banyak dijual. Bahan utama dalam gudeg ialah buah nangka yang dimasak bersama gula aren, santan, daun salam, serai dan lengkuas sehingga lembut dan halus. Gudeg biasanya dimakan bersama nasi, telur rebus, nugget ayam, dan krecek goreng cili disumbat dengan kulit lembu yang kenyal.

BACA JUGA :   Agama Yang Diamalkan Di Indonesia

Bagi menikmati makanan popular di Indonesia mungkin anda boleh berkunjung ke sana bersama keluarga. Selain berkunjung, anda juga boleh melanjutkan pengajian di Indonesia dalam pelbagai bidang seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar dan Pengajian Islam.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi nombor konsultan di bawah:

Pejabat: 03-92851322

Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-F

Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)

Konsultan Daulah: https://bit.ly/Konsultan-fatihah 017-6521061 (Cik Fatihah)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here