Jawapannya perlu, kerana berpantang membolehkan tubuh badan wanita itu kembali sihat dan kuat seperti sedia kala. Disini admin akan kongsikan 6 tips berpantang selepas bersalin untuk mendapat tubuh badan yang sihat. Jom scrol sampai bawah.
TIPS 1 : Minum air secukupnya
Ibu-ibu yang berpantang selepas bersalin memerlukan air yang secukupnya iaitu 2 hingga 3 liter sehari. Ianya penting bagi penghasilan susu ibu yang banyak kerana susu ibu mempunyai komponen air yang tinggi.
TIPS 2 : Makan makanan yang berkhasiat
Ibu yang berpantang selepas bersalin memerlukan zat nutrisi daripada makanan yang berkhasiat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar pengambilan makanan yang terbaik seperti ikan, ayam, daging dan telur mengandungi protein yang tinggi dan amat diperlukan untuk pembaikan tisu-tisu badan.
Serta sayur-sayuran dan buah-buahan pula mengandungi serat untuk mengelakkan sembelit. Selain itu, untuk menggantikan darah yang hilang selepas bersalin serta mempercepatkan penyembuhan luka, vitamin-vitamin seperti Vitamin A, B1, B2 dan B6, dan C, asid folik, zat besi dan garam galian (seperti kalium) yang terkandung dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu.
TIPS 3 : Kekal aktif semasa berpantang
Ibu berpantang perlu bergerak mengikut daya kemampuan masing-masing. Sebagai contoh, melakukan kerja rumah merupakan salah satu cara untuk ibu-ibu kekal aktif semasa berpantang. Ianya bertujuan untuk mengelakkan darah beku pada kaki kerana jika darah beku itu bergerak ke paru-paru, ianya boleh membahayakan para ibu dan boleh membawa maut.
TIPS 4 : Bertungku secara bersederhana
Bertungku selepas bersalin adalah dibolehkan selagi mana tidak berlebihan.
TIPS 5 : Segera ke hospital jika alami masalah kesihatan
Jika ibu berpantang selepas bersalin mengalami sebarang masalah kesihatan, segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
TIPS 6 : Berfikiran positif
Terdapat banyak perubahan yang akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan bayi. Ianya merupakan suatu perubahan besar dalam hidup terutamanya bagi para ibu yang pertama kali menimang cahaya mata. Oleh itu, suami atau ahli keluarga perlu memberi sokongan dari segi mental, fizikal, emosi dan moral kepada para ibu.
Semoga bermanfaat tip yang Calya kongsikan untuk ibu-ibu diluar sana.
Ibu-ibu dah nak bersalin, tapi tak kuat nak berpantang sorang-sorang. Jangan risau, Calya serius nak bantu ibu-ibu yang berpantang diluar sana! Jika anda berminat mengenai pakej berpantang Calya boleh menghubungi nombor yang tertera dibawah.
No Khidmat Pelanggan:0182080827
No Konsultan Hafizzah:0184630456