Semua pasangan yang sudah berkahwin sudah semestinya inginkan zuriat tapi kadangkala, mungkin masih belum dikurniakan rezeki anak, ada juga yang keguguran. Jadi mungkin ada yang kurang jelas mengenai punca-punca keguguran, Calya boleh bantu kongsi beberapa punca – punca ibu mengalami keguguran.

Antara punca keguguran yang kebiasaannya berlaku adalah kerana jangkitan bakteria Listeria yang terdapat pada makanan yang kurang masak seperti telur dan daging merah. Jadi, ibu hamil perlu berhati-hati semasa memilih makanan untuk mengelakkan perkara tidak baik berlaku.

Kemudian, keguguran boleh juga berlaku akibat ibu hamil kekurangan vitamin dan nutrien seperti asid folik. Jadi ibu-ibu haruslah rajin makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai dan sihat untuk ibu dan anak dalam kandungan.

BACA JUGA :   Simpton Bahaya Ibu Berpantang

Seterusnya, stress yang tidak terkawal juga boleh menjadi salah satu daripada punca keguguran berlaku. Ibu hamil tidak harus berada dalam keadaan tertekan kerana ia boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Jadi ibu hamil perlulah sentiasa berada dalam keadaan yang ceria dan gembira selalu.

Selain itu, senaman atau gerakan fizikal yang terlalu berat juga menjadi punca keguguran. Ibu hamil haruslah berhati-hati dalam melakukan senaman sebolehnya hanya buat senaman yang ringan sahaja dan elakkan senaman yang memberi tekanan kepada perut.

Calya mendoakan ibu-ibu yang keguguran akan dikurniakan rezeki tidak lama lagi dan bagi ibu hamil semoga dipermudahkan segala urusan bersalin. Di Calya juga kami boleh membantu ibu-ibu yang keguguran untuk urutan pantang, mandian herba, tapel perut dan banyak lagi servis yang lain.

BACA JUGA :   Petua Merawat Masalah Rambut Gugur Menggunakan Bahan Semulajadi

Sekiranya anda berminat untuk untuk menjalani servis-servis rawatan daripada Calya, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah,

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067 

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik :

FacebooK:https://m.facebook.com/calyaconfinement/?tsid=0.5607320087632885&source=result
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here