Indonesia mempunyai banyak kota-kota besar terutamanya di pulau dan mengandungi kisah sejarah yang unik. Antara salah satu kota yang terkenal di Indonesia adalah Kota Medan, sebuah bandar yang mempunyai pelbagai nilai sejarah yang tersendiri di mana ia mempunyai pelbagai bangunan lama yang menyimpan pelbagai kisah.

Kebanyakan bangunan bersejarah di Medan adalah peninggalan zaman penjajahan Belanda. Arkitek Belanda mempunyai kemahiran yang tinggi dan telah membina pelbagai bangunan megah di seluruh Nusantara termasuk di Kota Medan. Untuk perkongsian kali ini, admin ingin berkongsikan dengan anda tentang 3 bangunan bersejarah di Medan, Indonesia.

  1. Bangunan London Sumatra 

Dibina pada tahun 1906, Bangunan London Sumatra ini merupakan salah satu bangunan lama peninggalan penjajahan Belanda yang masih berdiri teguh sehingga kini. Bangunan ini dahulu merupakan pejabat sebuah syarikat perladangan dan perdagangan  milik Harrisons & Crossfield Plc. Selepas kemeredekaan negara Indonesia, nama nya telah ditukar kepada PT. London Sumatra Indonesia. Walaupun telah lama dibina, bangunan ini masih gah dan masih digunakan oleh rakyat di sana.

BACA JUGA :   Pengambilan Pengajian Di Universiti Indonesia Intake September
2. Istana Maimun 

Bangunan bersejarah ini telah dibina pada empayar zaman Kesultanan Deli dan tetap digunakan sehingga kini. Istana ini kini dijadikan sebagai tempat lawatan kepada orang ramai. Buat pelancong yang melawat ke sana, anda boleh bergambar di dalam istana dengan menyewa pakaian tradisional kaum Melayu sambil melihat kewarisan Kesultanan Deli. Namun, terdapat tempat yang dilarang dimasuki oleh pengunjung kerana ia merupakan kediaman pewaris Kesultanan Deli

3. Masjidil Haram Al-Mashun 

Di Kota Medan, terdapat sebuah masjid lama berwarna putih yang telah dibina pada tahun 1906, peninggalan Kerajaan Melayu Islam Deli. Gaya seni bina masjid ini adalah campuran gaya dari negara Timur Tengah, Eropah dan India pada abad ke-18 dengan bentuk segi lapan simetri. Lima bahagian utama yang terdapat dalam masjid ini ialah ruang tamu, ruang wuduk, Menara dan juga pintu masuk.

BACA JUGA :   PERBEZAAN BELAJAR DALAM NEGARA ATAU BELAJAR LUAR NEGARA?

Jika anda ingin terokai lagi bangunan-bangunan bersejarah yang menyimpan pelbagai kisah nya yang unik ini, anda boleh melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains kesihatan di Universitas Sumatera Utara, Medan, Indonesia.

Tapi, anda tidak tahu cara untuk mendaftar dan sebagainya? Jangan bimbang, Daulah Educonsult akan membantu anda dari awal prosedur sehingga anda dapat terbang ke luar negara untuk melanjutkan pengajian.

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, anda boleh hubungi konsultan yang tertera di bawah:

Pejabat: 03-92851322

Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N

Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)

Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa(Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here