Pada zaman yang serba moden dengan pelbagai alat teknologi yang canggih ini, ramai orang lebih meluangkan masa dengan gajet seperti telefon pintar atau tablet  berbanding melakukan aktiviti yang berfaedah. Tidak dapat dinafikan gajet ni banyak kepentingan dan fungsi nya yang menarik,namun terlalu lama penggunaan gajet akan banyak memberikan impak negatif kepada diri kita. Apakah kesan ketagihan gajet kepada individu? Artikel ini akan membincangkan perkara ini supaya ia dapat memberikan suatu kesedaran kepada kita semua

  1. Gangguan perkembangan otak
    Kesan pertama kepada individu yang mempunyai masalah ketagihan gajet adalah ia akan memberikan gangguan pada perkembangan otak terutamanya pada golongan kanak-kanak. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh pakar kanak-kanak, pendedahan gajet yang terlalu lama akan memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak di mana mereka akan menghadapi masalah seperti masalah kurang perhatian, masalah dalam pembelajaran dan lambat untuk memproses sesuatu maklumat yang diterima.

2. Masalah gangguan penglihatan 

Selain daripada kesan yang dinyatakan tadi, individu yang kerap bermain gajet juga akan menghadapi masalah penglihatan. Apabila seseorang itu menggunakan gajet terlalu lama, ia akan membuatkan mata menjadi letih dan anak mata akan mula berair. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan individu tersebut akan mengalami masalah rabun mata. Bukan sahaja ia akan menjadikan mata seseorang itu rabun, malah ia juga akan menyebabkan mata menjadi juling lalu menjejaskan aktiviti-aktiviti harian.

BACA JUGA :   Destinasi Percutian Musim Luruh Di Negara Jepun

 

3. Masalah obesiti 

Impak negatif yang seterusnya pula adalah masalah yang lebih besar dan sensitif untuk dibincangkan iaitu masalah obesiti. Hal ini kerana ketika menggunakan gajet dengan tempoh yang sangat lama pembakaran kalori tidak akan berlaku. Apatah lagi jika khusyuk bermain dengan gajet sambil menikmati kudapan yang tidak sihat sudah pasti isu ini akan menjadi lebih kritikal.

4. Kurang sosial berinterkasi dengan orang

Ianya tidak dapat dinafikan bahawa masalah ketagihan gajet ini akan memberikan masalah kehidupan sosial seseorang. Individu yang lebih meluangkan masa dengan alat teknologi canggih ini lebih gemar dalam “kepompong’ nya yang tersendiri dan lebih berinteraksi bersama rakan-rakan di alam maya mereka. Akibatnya, dunia elektronik ini secara tidak langsung telah menyebabkan seseorang itu tidak mahir bersosial atau berkomunikasi dengan masyarakat di sekeliling mereka.

BACA JUGA :   Kemasukan Sesi Oktober & November Universiti Di Rusia

Kesimpulannya, setelah dibincangkan kesan-kesan di atas ternyata jelaslah bahawa alat teknologi yang canggih ini banyak memberikan kesan-kesan yang negatif kepada semua golongan masyarakat. Jadi daripada kita selalu menggunakan gajet yang akhirnya akan memberikan impak yang memudaratkan diri, ianya lebih baik jika kita mengisi masa lapang kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membaca buku, bersukan dan sebagainya.

Buat pelajar lepasan SPM / IGCSE / O-LEVEL / STPM / ASASI / DIPLOMA / MATRIKULASI / A-LEVEL yang ingin melanjutkan pengajian ke bidang perubatan di luar negara, ada berita baik untuk anda kerana Daulah Educonsult membuka tawaran sambung belajar ke dua buah negara iaitu Rusia dan Indonesia dalam bidang pra-perubatan dan perubatan bagi sesi kemasukan sesi September 2022

Kuota adalah terhad maka lakukan pendaftaran dengan Daulah Educonsult sekarang!  Untuk maklumat lanjut, dapatkan sesi konsultasi secara PERCUMA bersama konsultan pendidikan Daulah Educonsult. Apa tunggu lagi? Jom belajar ke luar negara bersama Daulah Educonsult!

Hubungi talian di bawah untuk dapatkan maklumat selanjutnya:

Pejabat: 03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa(Konsultan Nisa)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here