Apabila bercakap berkenaan budaya dan adat di Indonesia, ianya memang takkan pernah habis kerana masyarakat di sana mempunyai budaya unik nya yang tersendiri mengikut pada suku kaum masing-masing. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai festival dan perayaan yang disambut oleh penduduk tempatan. Jom kita belajar perayaan budaya yang terdapat di Indonesia
-
Pesta Arau Kertanegara
Tradisi Erau akan diadakan setiap tahun di Kota Tenggarong, Kutai Kartanegara daerah Kalimantan Timur. Perkataan Erau atau Eroh adalah sebenarnya berasal dari bahasa Kutai yang membawa maksud ramai, riuh dan suasana yang menggembirakan. Ketika zaman kegemilangan kerajaan Kutai, tradisi Erau dipegang oleh kerabat-kerabat istana namun setelah zaman pemerintahan kerajaan Kutai berakhir, kini perayaan Erau telah diambil oleh kerajaan Indonesia untuk memperingati ulang tahun Kota Tenggarong. Di festival ini juga terdapat banyak pertunjukkan yang ada sebagai contohnya adalah persembahan bunga api gergasi.
2. Tradisi Pasola
Tradisi Pasola ini adalah permainan merejam lembing kayu antara satu sama lain ketika menunggang kuda. Festival ini dikatakan merupakan sebahagian daripada upacara adat oleh masyarakat Sumba yang masih menganut kepada agama Marapu. Permainan ini diadakan di empat kampung di daerah Sumatera Barat iaitu Kodi, Lamboya, Wonokaka dan Gaura di mana ia dijalankan secara bergilir-gilir iaitu antara Februari dan Mac pada setiap tahun.
3. Pesta Lompat Batu
Lompat Batu atau perkataan lainnya iaitu Fahombo atau Hombo Batu adalah sukan tradisional suku kaum Nias. Ia juga adalah ritual kepada golongan remaja di mana mereka perlu melompat batu yang setinggi 2 meter dalam kaum Nias untuk mendapatkan status kedewasaan. Memperkenakan pakaian pahlawan suku Nias, ianya menandakan bahawa mereka telah bersedia untuk berjuang dan memikul tanggungjawab sebagai seorang lelaki dewasa.
4. Pesta Lembu Karapan
Pesta lembu kerapan atau kerapan sapi merupakan pertandingan lumba lembu yang berasal dari Pulau Madura, daerah Jawa Timur. Dalam perlumbaan ini, peserta perlu mengawal lembu yang menarik kereta kayu di belakang dan perlu bersaing sesama sendiri di trek perlumbaan sejauh 100 meter. Sesetengah kota di Pulau Madura selalunya menyambut Karapan Sapi pada bulan Ogos dan September pada setiap tahun di mana ia dilangsungkan di bekas kota Residen Pemekasan.
Menarik kan belajar mengenai festival atau perayaan yang disambut oleh sesuatu kaum di luar negara? Sebenarnya terdapat banyak lagi perkara yang boleh anda terokai jika ke Indonesia sebagai contoh tarian tradisional, makanan-makanan terkenal dan sebagainya. Kalau anda melanjutkan pengajian ke Indonesia, lebih banyak pengalaman yang anda akan perolehi di sana
Buat anda yang berminat untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara, Daulah Educonsult kini membuka tawaran sambung belajar ke Indonesia dalam bidang pengajian Islam dan bidang sains kesihatan bagi sesi September 2022. Seat adalah terhad jadi lakukan pendaftaran awal dengan segera sementara kuota masih ada. Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan sesi konsultasi secara PERCUMA bersama konsultan Daulah Educonsult
Hubungi talian di bawah:-
Pejabat: 03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)