TAK PERLU mengherdik, menjerit apatah lagi memukul anak-anak yang nakal dan tak dengar kata. Sebabnya ada cara lebih baik, lebih berkesan untuk melembutkan hati anak. Apabila anak-anak tidak mendengar cakap atau hanya buat tidak tahu tatkala ditegur, pasti ibu bapa akan tertekan dan berasa geram.

JIKA situasi sebegitu sering terjadi, ibu bapa lazimnya akan mula tinggikan suara tidak tentu pasal. Maka, terkeluarlah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. Lebih memburukkan keadaan, ada yang sanggup memukul atau mengenakan denda seperti mengurungkan anak dalam bilik sehingga si kecil trauma dan menyimpan dendam.

Kanak-kanak yang dikurung dalam bilik akan memberikan kesan negatif kepada minda.

Malah, pepatah Melayu menyebut, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ini bermaksud didikan dan denda kepada anak bergantung kepada tahap kedewasaan dan jantina anak. Ringkas kata, jika anak-anak dididik dengan cara yang betul, kanak-kanak yang baru mahu mengenal dunia ini mendengar kata.

Berdasarkan petikan artikel Colombia Hospital, Ujar Dr Nor Rahidah proses mendidik anak-anaknya sebenarnya bermula dari peringkat awal dan ia perlu dilakukan tanpa henti.

“Segala masalah boleh diatasi dengan syarat ibu bapa perlu tahu punca mengapa anak tidak mahu mendengar kata. Selepas itu, mereka (ibu bapa atau penjaga) mesti juga bersedia untuk berubah” katanya.

Denda anak dengan cara memukul bukan satu jalan penyelesaian, malah merupakan satu tindakan yang aggresif.

Terdapat empat pendekatan yang perlu diberi penekanan untuk memenangi hati si kecil.


  1. Peka perkembangan psikososial anak.

Si manja dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun banyak menghabiskan masa di sekolah bersama guru-guru dan mereka sudah mula mempunyai kecenderungan untuk bertindak sendiri (dari segi kelakuan)

“Jadi, pada waktu itu, anak-anak akan lebih percaya dan akan melihat perhubungan di luar pertalian kekeluargaan sebagai ikutan mereka.”

BACA JUGA :   Maahad Buuth Peluang Untuk Anda Selami Ilmu Pengajian Islam Di Mesir.

“Biasanya, mereka akan mesra dan mudah berkongsi luahan hati bersama orang yang memberi mereka pengajaran dan ilmu. Sebab itu, kadangkala ibu bapa akan mempersoalkan mengapa anak kecil sangat mudah mendengar arahan daripada guru di sekolah, namun ia tidak berlaku di rumah.” kata beliau.


  1. Sentuhan dan Pelukan

Senjata ini sangat perlu untuk mengembalikan kekuatan dalaman anak. Anak yang tidak mendengar kata, anak yang sukar dibentuk, anak yang dipinggir, ubatnya adalah dengan mendekati mereka. Sentuh dan peluklah mereka. Itu yang mereka perlukan.


  1. Berbual dengan Anak

Sibuk macam manapun mestilah berbual sedikit dengan anak bagi memberikan sentuhan kepada hati si kecil. Kebiasaanya anak-anak ini lebih suka bercakap, maka ambil peluang ini berkomunikasi bersama mereka. Selitkan juga nasihat dalam keadaan yang tenang dan memujuk.


  1. Gaya Keibubapaan

Berdasarkan artikel Colombia Hospital, dalam konteks berkenaan, Dr Nor Rahidah berkongsi mengenai gaya keibubapaan khalifah.

Ujarnya, ia perlu disesuaikan dengan umur kanak-kanak.

“kanak-kanak yang berumur enam tahun ke bawah akan dilayan seperti ‘Raja’ iaitu penuh dengan kasih sayang.

“Apabila mereka mencapai umur 7 hingga 14 tahun pula, mereka perlu dilayan seperti ‘khadam’ iaitu meminta anak-anak melakukan tugas harian di rumah agar hidup berdikari.

Hasilnya, ujar pakar itu, mereka akan menerima teguran dan faham bahawa nasihat itu demi kebaikan diri.

“Pada  sama sama, ibu bapa perlu tahu, anak-anak generasi kini segalanya sudah tersedia dan mereka sangat pandai. Jadi, ibu bapa juga perlu pandai ‘mengayat’ bagi memenangi hati anak kecil,” sarannya.

BACA JUGA :   Tips Mengurus Kewangan Semasa Berlajar di Luar Negara

Pada masa sama, proses mendidik perlu dilakukan secara berterusan.

“Jika pada usia masih bayi hingga 7 tahun, anak-anak sudah diasuh dengan betul, saya yakin peringkat perkembangan berikutnya tidak akan mempunyai sebarang masalah. Mereka boleh menerima teguran dan nasihat yang diberikan,” jelas beliau.

Apakah pendekatan paling efisien? Beritahu beliau, ibu bapa perlu bermula dengan hubungan mata terlebih dahulu.

“Seterusnya, barulah cuba memberi arahan yang pendek sahaja kerana kanak-kanak dengan masalah spesifik mempunyai kekangan untuk mengingati arahan yang panjang dan berbelit-belit,” ujarnya.

Pun demikian, tutur Dr Nor Rahidah, mak ayah juga perlu peka dengan ‘kemajuan’ tumbesaran anak-anak.

“Ini kerana secara saintifiknya ada sesetengah kanak-kanak memiliki perkembangan tubuh badan yang tidak seiring dengan perkembangan pada struktur otaknya.

“Bila hal ini berlaku, mereka gagal untuk berfikir secara logik dan tidak tahu menahu akan sebab dan akibat mengenai sesuatu perkara yang berlaku,” jelas beliau.

Bagi Dr Nor Rahidah, tiada ‘terapi’ asas bagi mengatasi masalah anak tidak mahu mendengar cakap, melainkan mak ayah sedaya upaya cuba memahami dan mendalami isi hati si manja.

“Suami kerap tiada di rumah? susah untuk berpantang seorang. Anak menangis tanpa henti, ibu tak cukup rehat?” Calya sedia membantu kebutuan ibu berpantang.

Bagi mendapatkan sesi rawatan yang membantu ibu berpantang, hubungi kami di talian yang tertera dibawah :

No.Customer Servis : 018-2080827

No. Konsultan Cik Dira : 011-64049576

Boleh layari laman sensawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips menarik.

Facebook: https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here