Aspek-aspek yang perlu dititikberatkan sebelum membeli bengkung.

0
397

Sebagai persiapan menyambut kelahiran cahaya mata, banyak persiapan perlu dilakukan bagi memastikan fasa berpantang berjalan dengan lancar. Selain set bersalin, pemakaian bengkung juga adalah antara keperluan bagi ibu baru bersalin.

Dalam memilih bengkung, terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan bagi memilih bengkung bersalin yang paling sesuai bagi setiap wanita.

Aspek yang perlu dititikberatkan semasa memilih bengkung adalah mestilah bengkung yang mudah untuk dipakai. Ini kerana, ia dapat memudahkan pergerakan ibu bagi menjalankan rutin menjaga si kecil.

Seterusnya adalah, ibu-ibu perlu memilih jenis kain yang selesa, memandangkan bengkung perlu dipakai sepanjang siang hari, jadi ia penting untuk pastikan bengkung yang dipakai adalah daripada jenis kain yang selesa dan serap peluh. Penting juga untuk memastikan bahawa bengkung yang dipilih itu tidak membuatkan kulit ibu melecet atau gatal.

BACA JUGA :   Akibat Tidak Berpantang Selepas Bersalin.

Kemudian, pastikan saiz bengkung adalah betul dan tepat untuk ibu. Jika terlalu ketat, tidak selesa dan sukar untuk bernafas pula. Jika terlalu longgar, tiada guna memakai kerana tidak berkesan dan terlalu nampak di bawah pakaian. Harus diingat ketika memilih saiz bengkung, jangan beli mengikut saiz seluar, tetapi ukur lilit perut bagi pemakaian yang berkesan.  Anda juga digalakkan untuk membeli bengkung yang sedikit kecil jika saiz badan sudah berkurangan.

Di samping itu, aspek lain yang perlu dititikberatkan adalah dengan membeli jenama bengkung yang diyakini dan berkualiti. Aspek kualiti dan keberkesanan bengkung adalah paling penting supaya kesannya dapat dirasai oleh si pemakai.

Jadi ibu-ibu pemakaian bengkung bersalin amat digalakkan bagi mendapatkan kembali bentuk badan asal. Penggunaan bengkung juga dapat membantu mempercepat proses pemulihan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan. Rutin memakai bengkung semasa berpantang juga dapat memberi kesan baik lain pada kesihatan seperti memberi sokongan kepada tulang belakang yang mengalami tekanan semasa mengandung.

BACA JUGA :   Makanan yang perlu dielakkan semasa berpantang.

Semoga tips daripada Calya ini mampu membantu anda membuat pilihan yang terbaik!

Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu-ibu. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here