Keistimewaan Melanjutkan Pengajian di Kursk State Medical University, Rusia

0
731

Anda merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-LEVEL, DIPLOMA, MATRIKULASI, ASASI, SETARAF dan masih mencari hala tuju institusi untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan? Namun, anda keliru universiti mana yang anda patut pilih? Anda tak perlu bimbang kerana Daulah Educonsult sedia membantu anda!

Daulah Educonsult menawarkan pengajian dalam bidang perubatan ke sebuah universiti perubatan terbaik di luar negara iaitu Kursk State Medical University yang merupakan salah satu “TOP 10” universiti di negara Rusia. Antara sebab Kursk State Medical University menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia untuk sambung belajar adalah:

  1. Universiti yang diikitiraf penuh oleh MQA, MMC, JPA dan lain-lain

 

Pasti anda tertanya adakah KSMU ini mempunyai keiiktirafan bukan? Jangan risau kerana KSMU telah diiktiraf penuh oleh badan-badan pendidikan Malaysia untuk memastikan segala pendidikan pelajar Malaysia terjamin

2. Antara “TOP 10” university perubatan di Rusia

KSMU tercalon dalam senarai “TOP 10” universiti terbaik di Rusia kerana ia menyediakan fasiliti yang terbaik untuk keselesaan para pelajar sekaligus ia boleh mempengaruhi nilai kecemerlangan pelajar

BACA JUGA :   Ketahui Kelebihan Sambung Belajar Bidang Perubatan Di KSMU, Rusia
3. Yuran yang berpatutan dan lock currency dalam Ringgit Malaysia

Kalau anda nak tahu, yuran pengajian di Kursk State Medical University adalah “LOCK CURRENCY” di mana ia takkan berubah walaupun nilai matawang mungkin akan mempunyai naik dan turun nya.

4. Asrama yang selesa dan pelbagai fasiliti disediakan

Tempat penginapan adalah perkara utama bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian. Jarak tempat penginapan di KSMU dan universiti adalah dekat maka para pelajar tak perlu risau berkenaan keselamatan mereka. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan yang turut disediakan oleh pihak universiti seperti perpustakaan yang dilengkapi dengan pelbagai bahan ilmiah, mempunyai gymnasium dan kafe dalam bangunan pendidikan.

  1. Mudah untuk mendapatkan makanan halal

Buat mereka yang beragama Islam, makanan halal adalah topik utama ketika berkunjung ke luar negara lebih-lebih lagi apabila perlu tinggal di negara tersebut dengan tempoh yang lama. Merujuk kepada maklumat yang diberikan oleh pelajar yang melanjutkan pengajian di sana, ianya sangat mudah untuk mendapatkan makanan halal di sana maka anda tidak perlu bimbang dengan status makanan halal di Kursk, Rusia.

BACA JUGA :   Universiti Sumatera Utara Terima Pelajar Kemasukan September 2020 - Perubatan
6. Penggunaan Platform Bahasa Inggeris 100% dalam pembelajaran

Di Kursk State Medical University, Bahasa yang digunakan sepanjang sesi pembelajaran adalah 100% dalam Bahasa inggeris. Namun, subjek Bahasa Rusia juga perlu diambil oleh mereka pada setiap semester bagi menampung kefahaman Bahasa asas Rusia di sana

Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian di Kursk State Medical University  dalam bidang pra-perubatan atau perubatan, anda boleh dapatkan sesi konsultasi secara PERCUMA dan lakukan pendaftaran awal bersama Daulah Educonsult sementara kuota masih ada

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah:

?Pejabat :03-92851322

? Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N

? Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)

? Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa  (Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here