Kepentingan Bersukan Kepada Individu

0
7183

Apakah aktiviti anda ketika mempunyai masa lapang? Adakah ianya berfaedah atau hanya membuang masa anda? Daripada kita asyik meluangkan masa dengan sosial media, apa kata kita mengisi masa kita dengan perkara yang memberi manfaat sebagai contoh bersukan.

Untuk makluman anda, bersukan ini terdapat banyak faedah nya kepada setiap individu. Impak positif kepada mereka yang menglibatkan diri dalam aktiviti sukan ini mereka akan berasa puas dan seronok kerana dapat melakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang yang ada. Artikel kali ini admin ingin berkongsi dengan anda semua 4 kepentingan bersukan kepada individu. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

  1. Menjamin Kesihatan Diri 

    Aktiviti bersukan dapat menjamin kesihatan diri  kerana ia bukan sahaja melibatkan fizikal malah ia juga melibatkan penggunaan mental individu tersebut. Ketika kita melakukan aktiviti bersukan, peluh dan toksin akan dirembeskan dari tubuh badan kita. Tambahan pula, jika kita selalu tertekan dengan pelajaran atau kerja dan sebagainya, bersukan dapat mengurangkan rasa stress di mana gelak tawa dan keseronokan yang terhasil dan membuatkan seseorang individu lebih bertenaga untuk melakukan tugasan harian mereka.

2. Dapat mendidik diri untuk mengagihkan masa 

Pernah tak anda tertanya bagaimana mereka yang aktif dalam bersukan dapat menentukan masa yang sesuai untuk mereka melakukan aktiviti tersebut? Kalau anda nak tahu, aktiviti sukan dapat mendidik diri untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya.Hal ini demikian seseorang individu tersebut akan membahagi masa yang dengan tugasan hariannya dengan melakukan jadual harian mereka. Oleh itu, ia akan membentuk sikap disiplin yang tinggi dalam pendirian seseorang.

3. Mengelakkan daripada terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat 

Kepentingan bersukan yang seterusnya adalah ia dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat dan tidak berfaedah. Apabila rajin bersukan, masa lapang kita akan diisi dengan perkara-perkara bermanfaat. Jadi, takdelah kita berasa bosan kan? Rasa bosan dalam diri adalah punca kepada aktiviti yang kurang sihat seperti meluangkan masa yang terlalu lama dengan telefon pintar, melepak dengan berbual kosong, penyalahgunaan alkohol dan sebagainya.

4. Mengeratkan hubungan 

Selain itu, aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama orang di sekeliling. Aktiviti sukan yang dilakukan bersama rakan, keluarga atau pasangan akan mengukuhkan lagi rasa sayang sesama diri. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menambah kenalan baharu maka secara tidak langsung meningkatkan lagi kualiti kehidupan sosial seseorang.

Kesimpulannya, bersukan ini terdapat banyak kesan kebaikan nya kepada diri kita. Oleh yang demikian, marilah kita mencubai benda yang baharu dan keluar dari zon selesa kita dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat.

Jika anda berminat dengan bidang perubatan di luar negara, anda boleh mendapatkan sesi konsultasi bersama konsultan pendidikan Daulah Educonsult secara PERCUMA. Kuota adalah terhad jadi jangan lepaskan peluang keemasan anda!

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi talian yang tertera di bawah:
📞 Pejabat: 03-92851322
📱Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
📱 Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
📱 Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here