Bagi wanita yang mengambil remeh amalan bertungku ketika berpantang, anda juga perlu tahu kesan buruk jika tidak bertungku kerana mungkin sekarang anda tidak nampak kesannya pada diri anda tetapi lambat laun nanti anda akan merasa kesannya pada diri anda.

Calya akan kongsi kesan-kesan buruk jika tidak bertungku kepada ibu-ibu di luar sana. Jadi kesan buruk yang pertama adalah mengalami masalah rahim jatuh. Rahim jatuh bermaksud rahim telah jatuh ke bawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj.

Kesan buruk yang kedua adalah akan menghadapi masalah buang air kecil seperti kerap buang kecil, sakit ketika nak buang air kecil, kencing yang tidak dapat dikawal khususnya semasa batuk dan ketawa yang kuat. Keadaan ini akan menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.

BACA JUGA :   Punca-punca ibu keguguran

Kesan buruk yang seterusnya adalah, akan menghadapi sakit pinggang dan tidak berasa selesa di bahagian tempat sulit wanita. Hal ini akan berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab, rahim jatuh ianya menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Selain itu, kesan buruk apabila tidak bertungku ialah akan menjejaskan kesihatan para wanita. Dalam kes rahim jatuh yang teruk ini atau di peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

BACA JUGA :   Simpton Bahaya Ibu Berpantang

Jadi untuk mengelakkan daripada menghadapi masalah-masalah ini, ibu-ibu perlulah rajin mengamalkan amalan bertungku supaya dapat melancarkan darah, membuang lendiran darah kotor, & mengecutkan rahim.

Di Calya kami juga ada menyediakan servis bertungku untuk para ibu yang sedang berpantang. Jadi jika anda ingin Calya membantu anda atau mahu tahu lebih lanjut tentang servis bertungku ini serta rawatan-rawatan yang lain, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah,

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik :

Facebook:https://m.facebook.com/calyaconfinement/?tsid=0.5607320087632885&source=result
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here