TAMAN BUNGA DI INDONESIA YANG WAJIB ANDA LAWATI

0
642

Setiap negara mempunyai tempat tarikannya yang tersendiri seperti taman air terjun, taman bunga, pemandangan gunung yang indah dan banyak lagi. Buat mereka yang mempunyai hobi melancong ke luar negara, pasti anda tertanya apakah lokasi yang menarik yang patut anda kunjungi untuk anda merakamkan saat-saat indah untuk dijadikan kenangan ketika di sana.

Hari ini admin ingin kongsikan dengan dengan anda semua taman-taman bunga di Indonesia yang wajib anda kunjungi dengan kawan-kawan atau keluarga

1. Rainbow Garden, Lembang

Rainbow Garden di daerah Lembang ini dikatakan masih baru dibuka untuk para pelancong datang melawat. Ia diberi nama Raibow Garden kerana beragam bunga nya yang berwarna-warni seperti pelangi. Menarik bukan? Jangan lupa berfoto bersama rakan-rakan dan keluarga ya

2. Taman Bunga Dewari, Magelang

 

 

 

 

 

 

Tidak jauh dari Kuil Borobudur yang terletak di daerah Jawa Tengah, terdapat satu taman bunga yang dipenuhi dengan bunga matahari yang sangat menarik iaitu Taman Bunga Dewari. Dikatakan taman ini terdapat ramai pengunjung namun anda tidak perlu bimbang kerana ia mempunyai lebih kurang 8000 bunga matahari yang ditanam rapi di kawasan seluas 2000 meter persegi. Sangat luas bukan? Jika anda berkunjung ke taman ini anda perlu semak dahulu untuk mengetahui sama ada sedang musim bunga atau tidak

BACA JUGA :   3 Tempat Unik Di Indonesia Yang Pasti Anda Menyesal Jika Tidak Kunjungi
3.Taman Bunga Gemitir, Bali

Bali bukan sahaja terkenal dengan panorama pantai yang indah malah Bali juga mempunyai taman bunga yang tidak kurang cantiknya iaitu Taman Bunga Gemitir. Bunga Gemitir atau bunga marigold ini dikatakan bunga yang sentiasa berada dalam cawan sembahyang masyarakat di Bali yang beragama Hindu. Anda pasti terpesona dengan warna bunga gemitir yang kuning keemasan ini

4. Padang Bunga Kasna, Bali 

Sekali pandang seperti taman yang diliputi dengan salji bukan? Namun ia adalah bunga kasna yang berwarna putih salju di daerah Desa Temukus, Bali. Bunga kasna di wilayah tersebut digunakan sebagai pelengkap sembahyang dalam adat masyarakat Hindu. Bagi dapat menikmati kecantikan bunga kasna ini, anda perlu datang seminggu atau dua minggu sebelum Hari Galungan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu. Kerana selepas sahaja meraikan Hari Galungan, masyarakat di sana akan menuai untuk tujuan adat mereka

BACA JUGA :   Kursk State Medical University Universiti Perubatan Terbaik
5.Taman Bunga Amaryllis, Yogyakarta

Jika anda berkunjung ke kawasan Yogyakarta, anda perlu masukkan Taman Bunga Amaryllis ini ke dalam senarai lokasi yang anda perlu lawati. Waktu yang sesuai untuk anda melawat ke taman bunga ini adalah ketika hujung tahun pada musim hujan kerana sebanyak 5000 bunga Amaryllis ini sedang memuncak mekar dengan sangat cantik.

Menarik bukan taman-taman bunga ni? Jangan lupa untuk melawat ke tempat ini jika anda menjelajah ke Indonesia! Untuk makluman anda, Daulah Educonsult ada menawarkan pengajian ke bidang sains kesihatan di Indonesia untuk sesi pengambilan September 2022. Jika anda berminat, anda boleh lakukan pendaftaran awal sementara kuota masih ada!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah:

Pejabat :03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here