Mommies mesti mengalami masalah seperti perut buncit,menggeleber, sakit pada bahagian pinggang,darah nifas keluar tidak sempurna menyebabkan ia akan rasa sengal atau tidak selesa pada perut. Selain itu, berlaku penuaan sebelum masa , ia akan berlakunya ketegangan dan pembengkakan urat .

Masalah ini akan berlarutan, jika mommies tidak suka memakai bengkung dan cara pemakaian yang salah dalam berbengkung. So admin akan  kongsikan tips pemakaian bengkung yang mudah dan betul. Antaranya:

  1. Sapukan minyak atau krim pada bahagian perut,pinggang dan pinggul selepas urutan.
  2. Buka kain bengkung dan letakkan mengelilingi kawasan perut
  3. Berbaring agar lebih mudah untuk diikat lebih ketat kerana perut ibu meleper ketika dalam keadaan berbaring berbanding mommies berdiri.
  4. Ikat bermula dari bawah bagi memudahkan mommies, pergi ke tandas
  5. Memandangkan pemakaian bengkung mengambil masa yang lama, mommies hanya perlu longgarkan ikatan di bahagian bawah sahaja. Sebaik sahaja selesai di tandas, pastikan mommies mengikat semula dengan rapi.
  6. Ibu dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari.
  7. Bagi mommies yang menjalani proses bersalin secara pembedahan atau caesarean, bengkung hanya boleh dipakai setelah mommies sembuh dari kesan pembedahan tersebut.
BACA JUGA :   KENAPA IBU BERPANTANG KENA PAKAI STOKING?

 TIPS PENTING: Bengkung  yang baik adalah mempunyai diameter panjang, menutupi paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul, kerana ia dapat memberi sokongan yang penuh ke atas rahim mommies.

Dengan pemakaian bengkung yang betul memberi kebaikan kepada tubuh badan mommies. Antaranya :

1. Membantu keluarkan darah nifas dan elak sengal pada perut.

2.Mengelakkan masalah perut buncit.

3.Mengelakkan  penuaan sebelum masa.

Oleh itu, mommies perlu menitikberatkan tentang pemakai bengkung ketika berpantang supaya badan mommies sihat. Rajin – rajin kan lah mommies untuk berbengkung. Ingat tau! Untuk dapatkan servis pemakaian bengkung, boleh pilih pakej berpantang Calya. Jika berminat dengan pakej berpantang Calya boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

BACA JUGA :   6 Tip untuk kurus selepas bersalin

No Khidmat Pelanggan : 0182080827

No Konsultan Hafizzah : 0184630456

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik :

Facebook:https://m.facebook.com/calyaconfinement/?tsid=0.5607320087632885&source=result
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube :https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A                         Tiktok: https://www.tiktok.com/@calyaconfinement

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here