Apa itu sauna dan kebaikannya?

0
495

Sauna merupakan satu amalan yang sangat bagus untuk kesihatan badan. Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan. Ianya juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal. Sauna akan membuatkan badan berpeluh dengan banyak dan ianya dapat membantu mendetoksifikasi badan, menenangkan minda dan membakar kalori pada masa yang sama.

Antara manfaat amalan bersauna kepada kesihatan diri adalah seperti berikut:

Sauna dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh ibu berpantang.  Ini kerana stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres.

Haba dari sauna dapat mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.

BACA JUGA :   Ketahui 6 makanan tambahan untuk ibu hamil.

Seterusnya, sauna boleh melegakan otot. Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam.

Kenaikan suhu badan dalam sauna boleh menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.

Kemudian, kulit akan menjadi lebih sihat dan berseri sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.

Secara kesimpulannya, sauna dapat memberi banyak manfaat khusus buat ibu-ibu yang berpantang.

Sekiranya anda berminat untuk menikmati pakej berpantang daripada Calya, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah,

BACA JUGA :   6 Tip untuk kurus selepas bersalin

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here