Jom ketahui manfaat mandian herba.

0
421

Ibu yang sedang berpantang mesti tak sabar nak manjakan diri dengan mandian herba bersalin. Mandian ini telah menjadi satu kewajipan dan diamalkan secara turun-temurun khas untuk pemulihan kaum hawa setelah 9 bulan mengandung.

Kebiasaannya ibu selepas bersalin akan mengurangkan jumlah mandi semasa tempoh berpantang.ย Oleh itu, mandian herba sangat disyorkan untuk dimasukkan ke dalam penjagaan selepas bersalin.

Antara manfaat air mandian herba ini adalah dapat mengendurkan dan melembutkan urat -urat saraf yang menegang atau mengeras semasa proses bersalin.

Selain itu, bauan daun-daun herba akan bertindak sebagai aromaterapi untuk memberikan aura-aura yang lebih segar serta dapat mengurangkan tekanan pada ibu berpantang.

Manfaat mandian herba yang seterusnya adalah dapat mengatasi rasa kebas, sengal tulang, sendi dan juga otot bagi ibu berpantang.

BACA JUGA :   Ketahui fakta tentang pilis muka

Amalan mandian herba ini sebaiknya dilakukan selama 44 hari tempoh berpantang atau sekurangnya selama 2 minggu. Setiap mandian memerlukan 20 minit.

Oleh itu, mandian herba sangat disyorkan untuk dimasukkan ke dalam penjagaan selepas bersalin kerana ia boleh membantu mengatasi kekejangan dan ketidakselesaan badan yang tidak diingini.

Pengalaman memanjakan seluruh badan yang menyeronokkan diikuti dengan penjagaan selepas bersalin akan menenangkan, dan melemahkan badan, minda dan jiwa anda.ย 

Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu berpantang. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :

BACA JUGA :   Pemakanan semasa berpantang.

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here