kebaikan lulur bagi ibu bersalin.

0
331

Lulur adalah bertujuan untuk membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama kulit-kulit mati akan turut tertanggal. Apabila kulit-kulit mati yang kusam tertanggal, kita akan menjadi lebih segar dan lebih cerah.

Antara kebaikan lulur bagi wanita bersalin ialah dapat memberi kesegaran serta membantu pori-pori kulit untuk mendapatkan rangsangan positif. Dengan ini, kulit dapat bernafas hingga ke lapisan kulit terdalam. Selepas bersalin, kita cenderung berasa letih, kusam, dan tidak selesa. Maka, melulur badan menjadikan badan terasa ringan dan lebih bertenaga.

Selain wanita bersalin, lulur juga sesuai bagi wanita yang lasak dan sering mengendalikan kerja di luar pejabat. Lakukan lulur beberapa kali dalam sebulan agar kulit terasa lebih segar dan bermaya.

Kebaikan yang seterusnya adalah, seperti yang kita tahu, fungsi utama lulur adalah membantu pengelupasan kulit mati. Kulit baru yang lebih anjal dan sihat akan menjadikan penampilan kita tampak lebih awet muda.

BACA JUGA :   Berpantang Bersama Calya Confinement

Kemudian, kebaikan lulur juga dapat mencerahkan kulit. Sesetengah wanita mengalami banyak masalah kulit seperti ketiak hitam akibat perubahan hormon. Seiring dengan proses terhasilnya sel kulit yang baru, daki-daki akan menghilang dan khasiat bahan lulur yang digunakan juga akan diserap oleh tubuh.

Secara tidak langsung, khasiat semulajadi daripada bahan-bahan tersebut membantu tubuh bertambah cerah dan mendapat tona yang sekata. Bahkan, tampak lebih berseri setiap hari.

Seterusnya adalah, dapat menjadikan otot badan lebih relaks. Aroma semulajadi yang digunakan mampu merangsang suasana yang tenang dan relaks. Dalam tempoh berpantang, mandi lulur dapat bertindak sebagai urutan dan gosokan lembut pada tubuh yang akan membuatkan otot badan menjadi lebih relaks.

Selanjutnya, dapat menjadikan kulit lebih gebu dan mulus. Akibat perubahan hormon, kulit wanita terasa kering, kasar dan kusam. Hal ini boleh berlarutan sehinggalah beberapa bulan selepas tempoh bersalin. Dengan mandian lulur, bahagian kulit yang tidak sihat boleh digantikan dengan kulit baru yang dapat menjadikan kulit ibu lebih gebu dan mulus.

BACA JUGA :   Makanan yang perlu dielakkan semasa berpantang.

Secara kesimpulannya, amalan mandian lulur ini sebaiknya diteruskan. Apabila dimakan usia, kulit akan mula kendur dan berkedut. Penggunaan lulur secara rutin setiap dua kali seminggu dapat menghindarkan masalah ini.

Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu yang berpantang. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here