Kebaikan Lulur Bagi Ibu Bersalin

0
301

Lulur atau juga dikenali sebagai scrub amat baik dilakukan semasa tempoh berpantang. Ia bertujuan untuk membuang sel- sel kulit mati pada kulit. Lulur iniย  kerap dilakukan oleh wanita-wanita yang mementingkan kecantikan pada kulit badan serta penampilan. Lulur ini mesti dibuat untuk menggembalikan kesegaran serta kecantikan pada kulit ibu berpantang.

Antara kebaikan lulur bagi ibu bersalin adalah seperti yang berikut :

Lulur dapat memberikan kesegaran yang dapat membantu pori-pori kulit untuk mendapatkan rangsangan positif. Dengan ini, kulit dapat bernafas hingga ke lapisan kulit terdalam. Selepas bersalin, kita cenderung berasa letih, kusam, dan tidak selesa. Maka, melulur badan menjadikan badan terasa ringan dan lebih bertenaga.

Seterusnya adalah, melulur dapat menjadikan ibu kelihatan seperti awet muda. Seperti yang kita tahu, fungsi utama lulur adalah membantu pengelupasan kulit mati. Kulit baru yang lebih anjal dan sihat akan menjadikan penampilan kita tampak lebih awet muda. Maka, tidak hairanlah lulur ini telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Jadi, teruskanlah amalan berlulur ini walaupun selepas tamat tempoh berpantang nanti.

BACA JUGA :   Akibat Tidak Berpantang Selepas Bersalin.

Di samping itu, melulur dapat mencerahkan kulit kita. Sesetengah wanita mengalami banyak masalah kulit seperti ketiak hitamย  akibat perubahan hormon. Seiring dengan proses terhasilnya sel kulit yang baru, daki-daki akan menghilang dan khasiat bahan lulur yang digunakan juga akan diserap oleh tubuh. Secara tidak langsung, khasiat semulajadi daripada bahan-bahan tersebut membantu tubuh bertambah cerah dan mendapat tona yang sekata. Bahkan, tampak lebih berseri setiap hari.

Tambahan pula, lulur dapat menjadikan otot badan ibu bersalin lebih rileks. Kebaikan lulur dari segiย  psikologiย  โ€“ di mana aroma semulajadi yang digunakan mampu merangsang suasana yang tenang dan rileks. Dalam tempoh berpantang, mandi lulur dapat bertindak sebagai urutan dan gosokan lembut pada tubuh yang akan membuatkan otot badan menjadi lebih rileks.

Kemudian, dengan melulur ia dapat menjadikan kulit ibu bersalin lebih gebu dan mulus. Akibat perubahan hormon, kulit wanita terasa kering, kasar dan kusam. Hal ini boleh berlarutan sehinggalah beberapa bulan selepas tempoh bersalin. Dengan mandi lulur, bahagian kulit yang tidak sihat boleh digantikan dengan kulit baru.

BACA JUGA :   kebaikan lulur bagi ibu bersalin.

Kesimpulannya, selepas berpantang juga, amalan mandi lulur ini sebaiknya diteruskan. Apabila dimakan usia, kulit akan mula kendur dan berkedut. Penggunaan lulur secara rutin setiap dua kali seminggu dapat menghindarkan masalah ini.

Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu berpantang. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here