Setiap wanita hamil semestinya memerlukan makanan berkhasiat yang memberi manfaat kepada bukan hanya diri sendiri, malah untuk kesihatan bayi yang dikandung.

Makanan kurang sihat yang dimakan ketika hamil mungkin akan memberi kesan kepada bayi termasuk kematian, tumbesaran si kecil terbantut, kecacatan neurologikal atau kecacatan otak, serta mempengaruhi berat bayi.

Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, harus perbanyakkan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.

Makanan yang pertama adalah kurma. Ini kerana, kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Kurma adalah sangat  bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan.

Makanan yang kedua adalah buah tin. Kandungan dalam buah tin baik untuk ibu hamil. Makan buah tin mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Buah tin ini juga mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.

BACA JUGA :   Kepentingan Nutrisi Buat Ibu Hamil.

Makanan yang ketiga adalah minyak zaitun. Dalam minyak zaitun ia mempunyai kandungan essential fatty acid’  yang diperlukan untuk perkembangan  saraf dan otak bayi. Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil.

Makanan yang keempat adalah buah delima. Ini kerana, buah delima bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim. Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mengimbangi tekanan darah.

Makanan yang kelima adalah madu. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat tetapi ianya haruslah madu yang asli supaya kita akan mendapat kebaikan daripadanya. . Ia sudah terbukti keberkatannya, yang disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.

Makanan yang keenam adalah susu. Ini kerana, susu membekalkan tenaga dan nutrisi kepada wanita hamil dan anak dalam rahim. Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahim.

BACA JUGA :   kebaikan lulur bagi ibu bersalin.

Kesimpulannya, makanan tambahan untuk ibu hamil adalah penting untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu hamil dan berpantang. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here