Ketahui Cara Penjagaan Selepas Mengalami Keguguran.

0
469

Semua pasangan yang sudah berkahwin sudah semestinya inginkan zuriat tapi kadangkala, mungkin masih belum dikurniakan rezeki anak, ada juga yang keguguran. Setelah mengalami keguguran, beberapa wanita mungkin memiliki perasaan yang sedikit sensitif mengenai kehamilan. Oleh itu, selepas mengalami keguguran, anda disarankan untuk berpantang selama 2 minggu atau mengikut tempoh cuti yang diberikan oleh doktor.

Jadi disini Calya ingin kongsikan beberapa penjagaan penting selepas mengalami keguguran.Yang pertama adalah, anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat selepas mengalami keguguran. Diet yang sihat dan seimbang adalah penting untuk memberi tenaga kepada badan anda selepas mengalami keguguran.

Penjagaan yang kedua adalah, anda perlu kekalkan kebersihan semasa keguguran. Kebersihan adalah sangat penting selepas anda mengalami keguguran. Dengan mengekalkan kebersihan, anda boleh mengelakkan jangkitan kuman. Contohnya dengan, menukar tuala wanita dengan kerap, dan elakkan mandi pada waktu malam.

Penjagaan yang ketiga adalah, anda perlu mengehadkan aktiviti harian anda, dengan mengelakkan diri daripada membuat kerja- kerja berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran. Walaubagaimanapun, rujuk doktor dengan segera jika anda mengalami demam yang teruk, pendarahan yang banyak dan berpanjangan atau faraj berbau semasa tempoh berpantang.

BACA JUGA :   Akibat Tidak Berpantang Selepas Bersalin.

Penjagaan yang seterusnya adalah, penjagaan rahim. Ini kerana, jika rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh masuk ke dalam sistem tubuh dan menyebabkan demam panas dan jangkitan di bahagian peranakan. Anda diharuskan berpantang seperti ibu pantang bersalin dengan melakukan urutan, bertungku dan mandi herba. Ini kerana, perkara ini dapat membantu melancarkan peredaran darah, cepatkan proses penyembuhan serta menyegarkan tubuh badan anda.

Kemudian, anda juga perlu elakkan hubungan seks ketika keguguran. Anda disarankan untuk berehat seketika daripada melakukan hubungan intim dengan suami. Secara umumnya, isteri tidak boleh disetubuhi selagi mana berlaku pendarahan. Suami dan isteri haruslah berbincang dalam membuat perancangan keluarga selepas melalui proses keguguran ini.

BACA JUGA :   4 Kesan Asap Rokok Pada Kanak-Kanak

Akhir sekali adalah, anda perlu mementingkan penjagaan emosi. Ini kerana, wanita seringkali akan menyalahkan diri sendiri selepas mengalami keguguran. Pada saat ini, ia adalah sangat penting untuk suami memberikan sokongan dan perhatian kepada isteri. Jika anda mengalami kemurungan secara berterusan anda boleh rujuk dengan doktor atau pakar kaunseling.

Calya mendoakan ibu-ibu yang keguguran akan dikurniakan rezeki tidak lama lagi dan bagi ibu hamil semoga dipermudahkan segala urusan bersalin. Di Calya juga kami boleh membantu ibu-ibu yang keguguran untuk urutan pantang, mandian herba, tapel perut dan banyak lagi servis yang lain.

Sekiranya anda berminat untuk untuk menjalani servis-servis rawatan daripada Calya, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah,

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here