Kepelbagaian budaya, adat dan juga bangsa yang terdapat di Indonesia menjadikan negara ini adalah salah satu destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Di sana juga terdapat beberapa kota yang sangat cantik di mana ia dipenuhi dengan bangunan yang unik, pemandangan yang indah dan sebagainya.  Jika anda seorang yang suka melancong ke luar negara, anda perlu baca artikel ni sampai habis.Sekiranya anda bercuti ke Indonesia, anda sudah tahu ke kota mana untuk anda terokai bersama rakan atau keluarga.

  1. Bukittinggi

    Antara kota yang sering dilawati oleh pelancong di Indonesia ialah Bukittinggi, Sumatera Barat. Terdapat dua gunung yang berhampiran dan mempunyai kanyon yang sangat cantik sekaligus menjadikan ia mempunyai pemandangan yang luar biasa. Untuk pengetahuan anda jam gadang yang berada di tengah kota Bukittinggi tersebut menyimpan pelbagai kisahnya yang unik. Bukan sahaja anda dapat menikmati suasana yang indah namun anda juga dapat mempelajari berkenaan sejarah di kota tersebut.

2. Yogyakarta 

Yogyakarta atau Jogja merupakan kota seterusnya yang sering dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara.

Menurut mereka yang melawat ke kota ini, Jogja mempunyai nilai sejarah yang tinggi kerana budayanya yang pelbagai dan tarikan yang menarik seperti muzium lama, bangunan-bangunan bersejarah dan banyak lagi

3. Bogor 

Kota yang terletak berhampiran dengan ibu negara Indonesia iaitu Jakarta ini dikatakan antara bandar tercantik di Indonesia!  Bogor mempunyai suasana kota yang tenang dan dikelilingi oleh ladang pokok teh yang menghijau. Tidak jauh dari Kota Bogor, anda juga boleh mengunjungi puncak yang terkenal dengan pemandangan indah dan suhu yang sejuk.

4. Malang 

Malang merupakan salah satu kota di Indonesia yang terkenal dengan udara nya yang bersih dan nilai sejarahnya yang unik. Ia juga mempunyai pelbagai peninggalan sejarah, seperti kuil lama, bangunan yang lama dan tempat rekreasi.

Selain itu, kota ini juga memiliki keindahan alam yang masih terpelihara sebagai contoh air terjun, gunung-ganang, dan ladang teh.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Indonesia adalah salah satu negara yang mempunyai pelbagai tarikannya yang tersendiri. Jangan lupa untuk masukkan lokasi-lokasi yang tadi ke dalam senarai destinasi lawatan anda jika anda ke Nusantara!

Anda mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang yang pakar dalam bidang sains kesihatan? Daulah Educonsult kini membuka tawaran sambung belajar ke Indonesia dalam bidang perubatan, farmasi, veterinar dan pergigian bagi kemasukan sesi 2022 dan 2023. Kuota adalah terhad jadi jangan lepaskan peluang keemasan anda!

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi talian yang tertera di bawah:-

Pejabat: 03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here