Mengapa perlu belajar di KSMU? Jom ketahui kelebihannya

0
366

Setiap orang mempunyai cita-cita dan impian nya yang tersendiri sebagai contoh ingin menjadi seorang yang pakar dalam bidang perubatan dan sebagainya. Buat mereka yang ingin menceburi dengan lebih dalam berkenaan dengan dunia perubatan, admin ingin berkongsikan dengan anda tentang universiti yang terbaik yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult iaitu Kursk State Medical University di Rusia. Mengapa mereka lebih cadangkan anda untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di KSMU? Jom kita baca maklumat yang selanjutnya di bawah

  1. Universiti yang diiktiraf penuh oleh MQA, MMC, JPA dan Global

Anda tidak perlu ragu-ragu berkenaan dengan pengiktirafan sijil dan sebagainya kerana Kursk State Medical University merupakan institut yang diiktiraf penuh oleh badan-badan pendidikan Malaysia untuk memastikan pendidikan pelajar Malaysia terjamin

2. Antara “TOP 10” Universiti terbaik di Rusia

Untuk pengetahuan anda, Kursk State Medical University merupakan salah satu yang tersenarai dalam “TOP 10” universiti perubatan yang terbaik di negara Rusia. Terdapat lebih dari 30,000 pelajar yang telah dilatih oleh KSMU merentasi 14 fakulti dan 67 jabatan. Para pengajar nya juga seramai 633 berkelulusan Phd yang berpengalaman dan proffesional  untuk mengajar seramai 6400 pelajar.

3. Yuran yang berpatutan dan lock currency dalam Ringgit Malaysia 

Antara setiap universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult, KSMU adalah universiti yang mempunyai yuran yang murah dan berpatutan kerana yuran nya adalah lock currency di mana ia takkan berubah dari awal semester sehingga akhir semester. Jadi, anda tidak perlu khawatir tentang naik turun nilai matawang dan boleh mempersiapkan kos yuran yang dinyatakan oleh pihak universiti dengan lebih awal.

4. Mudah untuk mendapatkan makanan yang halal 

Buat mereka yang menganuti agama Islam pasti akan mencari makanan yang halal terlebih dahulu jika melancong atau belajar di luar negara. Namun, menurut pelajar di sana, mereka menyatakan makanan halal amat mudah untuk diperolehi di Rusia memandangkan ramai pelajar yang berasal dari Malaysia dan Indonesia melanjutkan pengajian di sana.

5. Penggunaan platform Bahasa Inggeris 100%

Risau sekiranya penggunaan bahasa yang digunakan bercampur dengan bahasa Rusia? Kalau anda nak tahu, sepanjang sesi pembelajaran bahasa yang digunakan adalah bahasa inggeris. Namun yang demikian, pelajar juga perlu mengambil bahasa Rusia pada setiap semester untuk menampung kefahaman asas di sana.

Jika anda inginkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan Kursk State Medical University, anda boleh hubungi talian yang tertera di bawah untuk mendapatkan sesi konsultasi secara PERCUMA bersama konsultan proffesional Daulah Educonsult. Kuota seat adalah TERHAD jadi lakukan pendaftaran anda bermula dari sekarang.

Hubungi talian berikut:-
Pejabat: 03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here