Minat Melancong Ke Luar Negara? Jom Terbang Ke Makassar, Indonesia

0
1076

Makassar adalah salah satu kota metropolitan yang terletak di daerah Indonesia Timur. Dikatakan Makassar mempunyai keindahan alam semula jadi yang unik di mana ia merupakan tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi anda yang bercadang untuk menjelajah ke negara orang, di sini admin mengesyorkan kepada anda antara tarikan lokasi pelacongan di Makassar, Indonesia untuk anda melawat bersama rakan-rakan dan orang tersayang.

  1. Pantai Losari 

    Terletak di daerah Ujung Pandang, Pantai Losari yang mempunyai pemandangan yang mempersonakan ini merupakan salah satu antara tarikan pelancong yang wajib anda kunjungi apabila melawat ke Kota Makassar. Jarak nya juga tidak terlalu jauh dari Lapangan Terbang Hasanuddin di mana ianya hanya ambil masa 30 minit sahaja untuk ke Pantai Losari. Di sekitar nya juga terdapat beberapa kedai cenderamata yang menjual pelbagai buah tangan khas dari Makassar.

2. Masjid Terapung Makassar

Sekiranya anda ke Kota Makassar, Masjid Amirul Mukminin perlu menjadi salah satu lokasi yang wajib anda kunjungi di sana. Keindahan masjid ini semakin terserlah apabila tiba waktu petang di mana sebelum terbit nya matahari. Usai sahaja anda menunaikan kewajipan, boleh lah anda menikmati pemandangan yang menarik ini.

3. Muzium Balla Lompoa

Jika anda seorang yang menggemari sejarah, Muzium Balla Lompoa adalah tempat yang anda perlu kunjungi. Muzium ini terletak di kawasan Gowa, Sungguminasa, Makassar. Untuk ke sana, anda boleh  menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan persendirian yang disewa. Kemasukan ke muzium ini tidak dikenakan apa-apa cas pembayaran dan mula beroperasi pada jam 8 pagi sehingga 4 petang waktu tempatan.

4. Bugis Waterpark Adventure 

Berlokasi di kawasan perumahan Baruga, Bugis Waterpark Adventure ini adalah salah satu tempat mandi-mandi yang terkenal di Makassar. Ia menawarkan banyak permainan air sebagai contoh Lazy River, Slides, Kids Pool dan banyak lagi.

Taman tema air ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang waktu tempatan. Harga tiket masuk hanya IDR 75 ribu (anggaran RM22.30) seorang untuk hari biasa. Manakala untuk hujung minggu dan cuti umum, tiket adalah IDR 100,000 (anggaran RM 30) seorang.

Jadi bagaimana? Menarik bukan lokasi-lokasi yang terdapat di Kota Makassar ini? Jangan lupa untuk cadangkan juga kepada rakan-rakan atau keluarga yang berimpian untuk melancong ke Indonesia untuk melawat ke tempat-tempat ini. Untuk pengetahuan anda, di Makassar juga ada menawarkan universiti yang terbaik dalam bidang perubatan iaitu Universitas Hasanuddin, Makasssar

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here